Wednesday, June 15, 2016

10 Selebriti Cantik Mualaf Indonesia


Memang ramai selebriti Indonesia meraikan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang dirasakan bermanfaat. Namun sebahagian daripada mereka sebenarnya tidak mengenal kemuliaan Ramadhan sejak kecil, atau dilahirkan beragama Islam.

Ada antara selebriti berkenaan mengenal Islam dan amalannya selepas dewasa. Berikut adalah 10 daripada mereka.

Dian Sastrowardoyo

Dian Sastrowardoyo

Dia tidak mengucap syahadah semata-mata kerana mahu dinikahi pria Muslim, Maulana Indraguna Sutowo, sebaliknya menerima Islam sebelum itu.

Menurut Dian, 34, dia memeluk Islam kerana pilihan sendiri. Walaupun berbeza agama dengan orang tuanya, hubungan Dian dengan ibunya, Dewi Parwati Setyorini, dianggap luar biasa.

Ketika pelakon Ada Apa Dengan Cinta itu menyatakan niatnya memeluk Islam, Dewi malah memberi sokongan penuh.

Dewi juga menggalakkan Dian mengkhatam al-Quran sebelum berkahwin dengan Maulana Indraguna pada 18 Mei 2010.

Rebecca Reijman

Rebecca Reijman

Penyanyi kelahiran Den Haag, Belanda ini dikenali ramai di Indonesia melalui album sulungnya, Kata Hati.

Ketika menghadiri majlis doa selamat untuk pemain dram kumpulan Bunglon, Andrey Chilink, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2009, Rebecca mendengar bacaan al-Quran dan berasa tenteram.

Mulai detik itu Rebecca berasa ada sesuatu yang membekas di perasaannya. Dia juga berasa seperti mendapat kekuatan rohani.

Selain menjadi penyanyi pop dan R&B, Rebecca juga dikenali sebagai pelakon. Antara filem lakonannya ialah Taring (2010) dan Bajaj Bajuri The Movie (2014).

Natalie Sarah

Natalie Sarah

Bintang sinetron ini memeluk Islam pada 2001. Walaupun tidak dipersetujui keluarga Natalie, 32, tetap bertegas mengucap syahadah.

Kata pelakon Pelangi Bidadariku itu, pengalaman puasanya adalah unik.

Tentangan keras keluarga memaksa selebirti kelahiran 1 Desember 1983 itu berpuasa secara sembunyi-sembunyi.

Bahkan, katanya, beberapa kali juga dia tidak bersahur kerana tindakannya bangun di awal pagi menimbulkan syak wasangka.

Natalie pernah berkahwin dengan Dean Rahmat Ginanjar sebelum mereka bercerai dan dia kini menjadi isteri kepada Abdullah Rizal.

Alice Norin

Alice Norin

Alice Norin yang saat ini menjadi salah seorang pelakon sinetron terlaris Tukang Bubur Naik Haji ini juga merupakan seorang mualaf.

Pada tahun 2007, Alice memutuskan untuk memeluk Islam dan selama perjalanannya mempelajari Islam, Alice mengaku selalu mendapat sokongan dari orang-orang terdekatnya.

Alice juga bersyukur kerana tidak pernah dilanda sebarang masalah selepas memutuskan untuk berpindah agama.

Tere

Tere

Nama asalnya ialah Theresia Ebenna Ezeria Pardede. Selain dikenali sebagai penyanyi Tere juga adalah anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Jawa Barat II.

Dia bertanding - dan menang - di bawah tiket Parti Demokrat sebelum meletak jawatan dengan memberi alasan "faktor keluarga" dan menjaga ayahnya yang sakit.

Serentak dengan itu Tere turut berundur daripada Parti Demokrat.

Tere memeluk Islam pada 2001 ketika dia berusia 22 tahun. Punca mendorong penyanyi Awal Yang Indah itu memilih Islam adalah kerana mimpi.

Selepas berfikir panjang dia akhirnya mengucap syahadah tidak lama selepas itu.

Angelina Sondakh

Angelina Sondakh

Sama seperti Dian Sastro, Angelina Sondakh juga memutuskan untuk memeluk Islam setelah mengenali calon suaminya pada waktu itu, Adjie Massaid.

Kerana inilah ramai orang menganggap keputusan Angie untuk berpindah agama hanyalah untuk bernikah dengan Adjie Massaid.

Namun, Angie membantah dan menolak dakwaan bahawa dia memeluk Islam semata-mata kerana mahu bernikah dengan Adjie.

Diawal perjalanannya mempelajari Islam, Angie mendapat banyak tentangan daripada orang terdekat.

Marsha Timothy

Marsha Timothy

Ada laporan mendakwa Marsha, 37, memeluk Islam bagi membolehkan dia dinikahi pelakon Vino Giovani Bastian pada 2012 lalu.

Bagaimaapun bagi Marsha sendiri, ia bukan faktor penentu. Sebaliknya kata pelakon Nada Untuk Asa itu, dia berminat kepada Islam sebelum bercadang berkahwin dengan Vino.

Marsha adalah selebriti berdarah kacukan Batak - Jerman. Antara selebriti yang pernah dikaitkan dengannya ialah aktor Jazarul Arif iaitu anak lelaki penyanyi rock veteran Ahmad Albar.

Dia dinikahkan dengan Vino pada 20 Oktober 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jizzy Pearl Bastian pada 12 Julai 2013.

Dalam dunia lakonan Marsha pernah dicalonkan sebagai aktres terbaik dalam Festival Filem Indonesia 2007 (melalui filem Merah Itu Cinta) dan Festival Filem Indonesia 2015 (Nada Untuk Asa).

Davina Veronica

Davina Veronica

Berbeza dengan Davina, 37, yang mendapat ilham untuk memilih Islam selepas mengunjungi Itali.

Walaupun enggan menyatakan secara jelas alasannya memilih Islam pelakon Rumah Maida itu menegaskan ia dibuat atas kerelaan sendiri.

Katanya, tiada sesiapa yang memaksanya memeluk Islam.

Anak sulung daripada dua beradik ini pernah menjadi finalis pertandingan muka depan majalah Anita Cemerlang pada 1995.

Dia memiliki ijazah perhubungan awam daripada Fakulti Komunikasi Universiti Pelita Harapan.

Selain filem Davina muncul dalam beberapa klip video muzik Ahmad Band, Dewa 19, Hedi Yunus dan Sheila on 7.

Renata Kusmanto

Renata Kusmanto

Renata Kusmanto memutuskan untuk memeluk Islam sebelum bernikah dengan Fachri Albar. Renata secara rasmi mengubah keyakinannya dengan mngucapkan dua kalimat syahadat di Masjid Sunda Kelapa. Renata turut enggan memberikan alasannya masuk Islam pada media.

Sophia Latjuba

Sophia Latjuba

Ramai menyatakan bahawa keputusan Sophia Latjuba memeluk Islam disebabkan hubungan yang sangat rapat dengan Ariel Noah saat ini.

Namun, Sophia menegaskan bahawa dia memeluk Islam kerana keinginannya sendiri, bukan kerana pengaruh orang lain.

BACA INI JUGA: 10 Artis Wanita Asia Paling Popular Tahun 2015

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon