Saturday, August 15, 2015

10 Artis Wanita Asia Paling Popular Tahun 2015


Industri Bollywood, China dan Korea banyak menghasilkan filem setiap tahun dan telah menarik ramai peminat dan mempopularkan sesetengah artis. Industri filem ini biasanya mengetengahkan pelakon yang hot, sangat cantik dan juga seksi sebagai penarik utama kejayaan sesuatu filem.

Berikut adalah 10 Artis Asia Paling Popular Tahun 2015

10. Jiang Qinqin

Jiang Qinqin

Lahir pada 3 September 1975, Jiang Qinqin merupakan pelakon yang berasal dari China. Dia mengikat kontrak dengan Beijing Film Studio pada tahun 1997 dan muncul dalam filem Tears in Heaven, Affair of Half a Lifetime, The Legend of the Condor Heroes dan A Loud Slap. Dia juga terlibat dalam lakonan drama TV. Dia biasanya tampil dengan imej seksi.

9. Song Hye Kyo

Song Hye Kyo

Song Hye Kyo terkenal melalui lakonan dalam drama bersiri popular All In, Autumn in My Heart, Full House dan That Winter. Song lahir pada 22 November 1981.

Melangkah masuk dalam industri hiburan sejak berumur 14 tahun sebagai model. Dia kemudian di tawarkan memegang watak kecil dalam drama First Love.

Berusia 33 tahun dan merupakan antara pelakon yang mendapat permintaan tinggi sebagai duta pengiklanan komersial di Korea.

8. Kim Tae-hee

Kim Tae-hee

Kim ialah pelakon Korea Selatan yang menyinar selepas memegang peranan dalam projek TV Love Story in My Princess, Iris, Stairway to Heaven, Harvard dan Jang Ok-Jung.

Kerjayanya bermula sebagai model dan pelakon iklan TV sebelum berlakon dalam filem Last Present pada tahun 2001. Kim mempunyai ramai peminat kerana wajahnya yang menawan dan figura yang seksi.

7. Ha Ji-Won

Ha Ji-Won

Ha Ji-Won, pelakon yang berasal dari Korea Selatan dan terkenal melalui peranannya sebagai Hwang Jini dalam KBS’s historical serial.

Lahir pada 28 Jun 1978, Ha Ji-Won mula berlakon sejak 1996. Dia bukan sahaja berlakon malah terlibat dalam banyak kerja-kerja kebajikan termasuk sebagai duta honorary trainer for young athletes dan New Zealand’s Cultural Ambassador Korea.

6. Chitrangada Singh

Chitrangada Singh

Chitrangada Singh merupakan pelakon paling hot dalam industri filem di India. Lahir pada 30 Ogos 1976 dan mula popular dalam filem Yeh Saali Zindagi.

Antara filemnya yang berjaya ialah Chitrangada are Joker, Desi Boyz, Inkaar dan I, Me Aur Main.

Pelakon seksi ini juga menjadi duta produk Garnier, Borges Olive Oil, Airtel dan Tata Group’s Tanishq.

5. Nargis Fakhri

Nargis Fakhri

Pelakon kacukan American-Indian, Nargis Fakhri muncul dalam filem India Rockstar bersama Ranbir Kapoor dan sejak itu dia mula diberi perhatian oleh peminat dan penerbit filem.

Filem lain seperti Madras Cafe dan Main Tera Hero. Dia pernah tercalon dalam beberapa award perfileman India.

4. Sunny Leone

Sunny Leone

Sunny Leone sebelum ini terkenal melalui penglibatan dalam filem dewasa. Dia muncul dalam industri filem Bollywood melalui filem Jism 2. Filem lain lakonannya ialah Ek Paheli Leela, Kuch Kuch Locha Hai, Mastizaade dan One Night Stand.

3. Zhang Ziyi

Zhang Ziyi

Zhang Ziyi mempunyai bakat luarbiasa sebagai pelakon dan antara aktres paling cantik semasa kemunculannya dalam Industri filem di China.

Antara filem lakonannya, The Road Home, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Rush Hour 2, Memoirs of a Geisha dan 2046.

2. Deepika Padukone

Deepika Padukone

Deepika Padukone merupakan model dan pelakon India dam filemnya yang super hit ialah Om Shanti Om, Bachna Ae Haseeno, Love Aaj Kal, Houseful, Dum Maaro Dum dan Cocktail.

1. Priyanka Chopra

Priyanka Chopra

Dia merupakan salah seorang pelakon berprofil tinggi di India dan pernah memenangi Miss World pageant. Priyanka Chopra adalah pelakon yang mendapat bayaran paling tinggi dalam industri filem Bollywood.

Juga pernah di mahkotakan dengan gelaran Miss World 2000 dan Miss World Continental Queen of Beauty.

Dia memulakan karier melalui lakonan dalam filem Tamil dan telah menang pelbagai award perfileman di India.

BACA INI JUGA: Selebriti Hollywood Yang 'Menyesal' Tolak Watak Penting

Sumber: 4infomasi

5 comments

  1. Asalam SP..rindu jg tau dengan blogger yang hidup di alam maya ni..bila nak jumpa..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cikgu etuza. Bila-bila masa ja ba..;)

      Delete
  2. memang lawa.anugerahNya kepada 10 wanita ini

    ReplyDelete
  3. .dalamnya biar cantik juga, lebih cantik kalu..tambah terserlah lah!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon