May 8, 2016

Emas Sebagai Penyelamat Ketika Bencana Kewangan Melanda!

Duit kertas yang kita gunakan hari ini asalnya adalah VOUCHER mewakili emas. Tapi, sejak Perjanjian Bretton Wood ditamatkan pada 1971 oleh Presiden US Richard Nixon, duit kertas tiada kena mengena lagi dengan emas.

Emas Penyelamat Bencana Kewangan

Amerika Syarikat dengan secara rasminya memutuskan hubungan antara emas dan duit kertas US Dollar.

Jadi, kalau berlaku apa-apa yang menjejaskan kestabilan ekonomi negara atau dunia, penyimpan duit kertas akan lingkup terlebih dahulu.

Semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Ringgit Malaysia jatuh lebih 50% hanya dalam tempoh beberapa bulan! Daripada RM2.50 untuk USD1 kepada RM4.70!

Memang benar duit yang kita simpan dalam bank nombornya kekal, tapi kuasa belinya sudah hilang separuh. Orang luar boleh membeli kekayaan negara kita dengan separuh harga pada masa itu.

Tapi, bagi sesiapa yang menyimpan emas, kekayaan mereka tidak terjejas pun walau berlaku ketidakstabilan begitu.

Ringgit jatuh, harga emas naik. US Dollar jatuh, harga emas lagi naik. Dan selepas tahun 1997, barulah Tun Dr Mahathir sedar sistem duit kertas sangat tidak adil dan menyarankan DINAR EMAS sebagai alat tukaran dagangan antarabangsa.

Dan pada tahun 2000, barulah Bank Negara mengeluarkan syiling emas pertama negara yang dinamakan “Kijang Emas“.

Emas Sebagai “Wealth Protection”

Jadi, membeli emas, “buy low sell high” sebenarnya adalah bersifat sementara. Kuasa sebenar emas jauh lebih besar dari itu.

Negara-negara kuasa besar dunia menjadikan emas sebagai rizab terbesar negara dan tidak pernah risau harga emas jatuh, sedangkan negara-negara kecil seperti Malaysia menyimpan kertas Dollar sebagai rizab terbesar negara.

Bila berlaku ketidakstabilan ekonomi negara atau dunia, negara kecil akan lingkup terlebih dulu sedangkan negara besar yang ada rizab emas senang bangkit semula.

Itulah yang dimaksudkan, emas sebagai “WEALTH PROTECTION”.

Sedikit sejarah tentang duit kertas

Pada tahun 1944 selepas perang dunia ke-2, negara-negara dunia telah membuat perjanjian untuk mewujudkan sistem kewangan antarabangsa baru yang dinamakan Perjanjian Bretton Woods.

Dalam perjanjian itu, US Dollar dijadikan sebagai mawatang antarabangsa dan ditetapkan nilainya USD35 bersamaan 1 oz emas.

1 oz bersamaan 31.1 gram. Maksudnya, USD35 adalah VOUCHER untuk ditukar dengan 1 oz emas dalam simpanan US.

Tapi bila ekonomi US tertekan selepas peperangan yang panjang dengan Vietnam (1956–1975), US telah memutuskan hubungan US Dollar dengan emas bagi membolehkan US mencetak duit kertas ‘sesuka hati’ sebagaimana biasa dilakukan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu.

Kalau dulu, duit kertas tidak boleh dicetak melebihi rizab emas yang mereka ada.

Semasa US Dollar disandarkan kepada emas, duit kertas US tertulis “redemable in gold on demand at the United States Treasury, or in gold or lawful money at any Federal Reserve Bank”. Maksudnya, duit ini adalah voucher emas. Duit sebenar hakikatnya adalah emas.

Duit Kertas Adalah Voucher Emas

Perjanjian Bretton Woods

Apabila emas dan US Dollar tiada lagi sebarang kaitan, terbukalah peluang US untuk memanipulasi duit kertas mereka.

Kalau sesebuah negara mencetak duit sesuka hati, maka akan berlaku hiper inflasi, tapi US Dollar tidak berlaku begitu sebab ia digunakan sebagai sandaran untuk perdagangan antarabangsa.

Jadi, US seolah-olah boleh membeli kekayaan kita dengan hulurkan kertas hijau US Dollar sahaja yang mereka cetak tanpa disandarkan kepada aset fizikal yang sebenar.

Duit kertas yang dicetak tanpa disandarkan dengan aset fizikal pasti berakhir nasibnya seperti Matawang Pisang yang tidak lagi bernilai. Sama seperti wang yang pernah digunakan pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Matawang negara-negara lain termasuk Malaysia hakikatnya adalah terbitan US Dollar sebab negara-negara dunia menyimpan US Dollar sebagai rizab terbesar negara.

Kalau sebelum 1971, sememangnya logik menyimpan US Dollar kerana US Dollar pada masa itu adalah VOUCHER mewakili emas.

Menyimpan US Dollar seolah-olah kita menyimpan emas. Tapi sekarang, US Dollar hanya kertas hijau yang tiada kena mengena lagi dengan emas.

Seperti kata Tun Mahathir suatu ketika dulu, nilai US Dollar dan duit kertas yang lain boleh hilang nilainya serendah nilai tisu tandas.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia



-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon