Thursday, January 21, 2016

Datangkan Satu Ayat Seperti Al-Qur'an Jika Kamu Orang Yang Benar!


Al-Qur'an adalah kitab suci yang diturunkan di dalam suatu bahasa yang mempunyai nilai kefasihan dan kesusteraan yang amat tinggi yang mana mustahil manusia dan jin dapat menciptakan seumpamanya.

Mukjizat Al-Qur'an

Buktinya, semenjak 1,400 tahun dahulu sehingga hari ini, tiada yang mampu menciptakan sesuatu seumpama Al-Quran.

Itulah tanda kemukjizatan Al-Qur'an. Kenyataan ini boleh dilihat menerusi cabaran Al-Qur'an terhadap masyarakat pada waktu itu agar mereka mendatangkan ayat seperti Al-Qur'an.

“Bahkan mereka mengatakan bahawa Muhammad telah membuat-buat Al-Qur'an itu. Katakanlah: Kalau demikian maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup memanggilnya selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar“. (Surah Hud, Ayat 13)

Setelah tidak berdaya dicabar, Al-Qur'an meringankan cabarannya untuk menjadikan satu surah sahaja seperti mana firman Allah dalam Surah Yunus, Ayat 38:

“Bahkan mereka mengatakan Muhammad membuat-buatnya. Katakanlah: “Kalau benar yang kamu katakan itu maka cubalah datangkan satu surah yang sama dengannya dan panggillah siapapun yang dapat kamu panggil selain Allah jika kamu orang-orang yang benar“.

Kemudian cabaran ini diperkuatkan oleh ayat dalam surah Thur, ayat 33-34:

“Apakah mereka menduga bahawa Muhammad membuat-buatnya (Al-Qur'an). Maka hendaklah mereka mendatangkan huraian yang semisal Al-Qur'an, jika mereka orang-orang yang benar“.

Setelah Al-Qur'an berdepan dengan semakin banyak musuh yang terdiri daripada orang-orang musyrikin, Yahudi dan Nasrani di Madinah, ia tetap mencabar mereka untuk membuat lebih kurang satu surah sahaja seumpama surah Al-Kauthar.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). Surah Al-Kauthar ayat 1-3.

Firman Allah swt, “Jika kamu tetap dalam keraguan tentang Al-Qur'an yang kami wahyukan kepada hamba kami Muhammad, maka buatlah lebih kurang semacam satu surah sahaja, dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar dalam keraguanmu.” (Al-Baqarah, Ayat 23)

Walaupun ada yang mencubanya tetapi mereka sendiri tidak mengerti apakah maksud daripada gubahan mereka itu.

Di antara gubahan mereka ialah: إِنَّا أَعْطَينَاكَ الْجَوَاهِرَ؛ فَصَلِّ لِرِبِّكَ وَجَاهِرْ

“Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kepadamu permata-permata, maka solatlah kepada Tuhanmu dan nyatakanlah.”

Di antara cabaran Al-Qur'an ialah supaya manusia melihat kebenaran di dalamnya yang menembusi sekatan-sekatan masa dan tempat.

Cerita-cerita yang dikisahkan oleh Al-Qur'an tentang umat-umat yang terdahulu yang tidak pernah diketahui oleh seorang pun apatah lagi Muhammad yang tidak tahu membaca dan menulis menjadi cabaran kepada sesiapa sahaja untuk melumpuhkan dakwaan tentang kemukjizatan Al-Qur'an.

Tidakkah ramalan Al-Qur'an tentang kesudahan peperangan adalah kemenangan bagi pihak Rom ke atas Parsi satu mukjizat yang sukar ditolak tentang kebenarannya?

“Telah dikalahkan bangsa Rom di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan akan menang” [Surah Rom:2-3].

Dan sesungguhnya banyak lagi bukti mukjizat Al-Qur'an bagi mereka yang mahu berfikir.

BACA INI JUGA: Al-Qur'an Membuktikan Bahawa Teori Umur Bumi Selama Ini Satu Pembohongan

Sumber: Basooir.com

6 comments


  1. "Sehingga, apabila dia sampai di tempat terbenam Matahari, didapatinya (matahari itu terbenam dalam mata air yang berlumpur hitam). Di sana didapatinya satu kaum. Kami berkata : Hai, Zulkarnain, adakalanya engkau siksa (kaum yang kafir itu) atau engkau perlihatkan kepada mereka kebaikan..."
    Surah al-Kahfi 18 ayat 8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka". (Al-Kahfi 18:86)

      #ayat 86 bukannya ayat 8

      Delete
    2. En.edison sendiri mengatakan Al-Qur'an adalah kata-kata Nabi Muhammad, sekarang Allah telah mencabar untuk menciptakan sepotong ayat pun yang serupa Al-Qur'an.

      Mohon disambut cabaran berusia 1400 tahun ini dan bukannya copy paste balik ayat saya atau komen terkeluar dari tajuk ye..

      #Komen en.edison yang tiada kaitan dengan tajuk akan saya delete kali ini, mohon bijaksana dan berani menyambut cabaran ya..:)

      Delete
    3. Alkisah Quran 1:1 Katakan(wahai sentiasa panas):"Jika benar mereka mengatakan quran itu bukan dari sisi Allah,kami pasti akan membuka pintu (syurga) kepada mereka seluas luasnya.

      Alkisah Quran 1:2 "Sesungguhnya (telah kafirlah) mereka yang menyembah awloh dan (tidak pula) kepada Allah,melainkan (sesiapa yang) mengenalNya."

      Alkisah Quran 1:3 Bandingkanlah diantara keduanya (Alkisah Quran dan Alkitab),nescaya kamu akan melihat (perbandingan) disatu sisinya terang dan disisi lain (iaitu Alkisah quran) likat dengan kegelapan.

      Delete
  2. Tiasa satupun kita di muka bumi ini yg setara dan mampu menandingi kitab suci Al Quran Al Karim... Allahuakbar.

    ReplyDelete
  3. subahanallah..sesungguhnya Allah itu hebat jadikan Bumi & segala cekarawala..Dia lah yng ciptakan. Kita boleh rasa Zat alla walau kita tidak dapat lihat Dia.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon