Tuesday, November 10, 2015

Tahukah Anda Sejarah Penciptaan Kanta Lekap?


Sejarah kewujudan kanta lekap lahir daripada seorang pelukis terkenal, Leonardo da Vinci.

Kanta Lekap [2]

Dia telah melukis model sebuah alat berisi air yang digunakan pada mata untuk membaiki penglihatan pada tahun 1508.

Idea tersebut telah melalui proses evolusi sehinggalah kanta lekap pertama mula diperkenalkan pada tahun 1880an oleh seorang saintis dari Switzerland, Adolf Eugen Fick.

Bagaimanapun, kanta lekap ciptaan Adolf diperbuat daripada kaca dan hanya boleh dipakai dalam tempoh yang singkat.

Pada tahun 1929, untuk pertama kalinya, kanta lekap dicipta berdasarkan proses acuan pada mata pemakai.

Dr. Dallos dan Istvan Komaromy Hungry, menjalankan proses tersebut bagi mendapatkan bentuk sebenar mata pengguna.

Proses rumit itu perlu dilakukan secara berulang-kali bagi mendapat bentuk kanta yang saiznya sama dengan mata pengguna.

Adolf Eugen Fick
Adolf Eugen Fick.

Pada tahun 1930an, kanta lekap telah melalui inovasi baru apabila ia dihasilkan daripada plastik. Teksturnya yang ringan, tidak calar dan telus menyebabkan rekaan pada waktu itu lebih selesa digunakan.

Selain itu, ia juga lebih mudah dibentuk berbanding kaca. Walaupun bersifat plastik, objek ini masih lagi dikenali sebagai kanta sklera dan hanya boleh dipakai selama beberapa jam pada satu masa.

Bagaimanapun, pada tahun 1947, seorang juruteknik optik Inggeris bernama Kevin Touhy, secara tidak sengaja menemui cebisan kanta yang terpisah daripada bahagian yang meliputi mata putih.

Pada mulanya dia menganggap situasi itu sebagai kesilapan dalam proses pembentukan kanta, namun selepas diteliti, cebisan tersebut masih berfungsi walaupun hanya bersaiz kornea.

Selepas mencuba pada mata sendiri, dia mendapati pemakaian kanta tersebut lebih selesa berbanding kanta sklera.

Akhirnya, Kevin membuat keputusan untuk mencipta kanta plastik baru dengan saiz pada bahagian kornea sahaja.

Adolf Eugen Fick early contact lens
Kanta sklera yang meliputi anak mata putih pemakai.

Selepas ciptaanya tersebar, pelbagai perubahan berlaku dalam dunia inovasi kanta lekap.

Pada tahun 1950, Frank Dickinson, Wilhelm Sohnjes dan John Neil, menghasilkan kanta nipis dengan ukuran 0.20 milimeter.

Saiz kemudiannya menjadi lebih nipis dengan ukuran kira-kira 0.10 milimeter pada awal tahun 60an.

Walaupun melalui fasa lebih baik, ia tetap menghalang aliran oksigen masuk kedalam mata. Disebabkan itu, kanta lekap pada ketika itu masih tidak mampu dipakai untuk tempoh yang lama.

Pada tahun 1958, ahli kimia Czechoslovokia, Otto Wichterle, telah membangunkan sejenis plastik baru yang dikenali sebagai hidrogel. Teksturnya lebih lembut dan mudah dibentuk apabila basah.

Colour-contact-lenses
Pelbagai warna kanta lekap.

Dr. Robert Morrison, seorang optometri melihat perkara itu memiliki potensi besar dalam ciptaan kanta lekap.

Otto akhirnya mengeluarkan paten terhadap ciptaannya untuk digunakan diseluruh dunia. Menariknya, perkara itu turut mendapat kerjasama daripada Dr. Robert yang bersetuju menjadikan makmalnya sebagai lokasi pengeluaran kanta lembut hidrogel.

Pada tahun 1960, Bausch and Lomb, telah diberikan kebenaran untuk membawa ciptaan kanta lekap hidrogel kepringkat baru.

Rekaan kali ini memperlihatkan permukaan kanta lembut dihasilkan kedalam bentuk yang lebih konsisten untuk pengeluran secara besar-besaran.

Pada tahun 1998, Ciba Vision, menjadi antara syarikat terawal menggunakan silikon pada kanta lekap.

Uniknya, kanta yang ditawarkan memberi keselesaan berpanjangan walaupun dipakai dalam tempoh yang lama. Ini disebabkan oleh sifat telap oksigennya yang tinggi.

Sifat ini amat penting bagi membolehkan proses pernafasan pada sel kornea mata berlaku, sekaligus menjadikan tahap kebersihan mata berada dalam keadaan baik.

Kanta Lekap
Kanta lekap sebagai fesyen.

Kini, dengan pelbagai warna pada kanta lekap menjadikan sesetengah individu menggayakannya sebagai salah satu aksesori kecantikan.

Namun, perlu diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam memilih kanta lekap bagi mengelakkan kesan sampingan terhadap mata.

BACA INI JUGA: Kenapa Anak Suka Berdiri Depan TV Ketika Sedang Menonton?

-SENTIASAPANAS.COM

9 comments

  1. baru tahu sejarah kanta lekap...tapi saya tak berani nak gunakan, pernah masa cuba ada rasa sakit

    ReplyDelete
  2. lama dah rupanya kanta lekap ni ya

    ReplyDelete
  3. Dah berkurun rupanya manusia mencipta kanta lekap ini.
    Terima kasih diucapkan kepada mereka semua tu.
    Mrs. A memang pengguna kanta lekap tegar.
    Dah banyak jenis brand cuba tapi Ciba Vision paling Mrs. A selesa guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la macam gambar yang paling bawah tu..:)

      Delete
  4. Cik akak...mata elok lagi..alhamdulillah...
    Tengok warna kanta tu..macam2 ada..hihi

    ReplyDelete
  5. menarik..tapi saya tak pakai takut nak letak..tercalar ..hadui macam2 kan..apapun kuasa teknlogi canggih

    ReplyDelete
  6. Baru tahu sejarah penciptaannya.. Tak pernah lagi pakai kanta lekap..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon