Friday, October 09, 2015

Gempar Bayi 'Dajjal' Lahir Bermata Satu Di Kaherah!


Seorang ibu di Kaherah, yang melahirkan seorang bayi lelaki yang mempunyai hanya satu mata di dahi, menggemparkan sepasukan doktor di sebuah hospital swasta.

Bayi 'Dajjal'

Menurut Daily Mail, doktor berpendapat mungkin ibu bayi terdedah kepada radiasi menyebabkan bayi yang dilahirkan tidak normal selain meramal jangka hayat bayi ini tidak akan lama.

Selain mempunyai satu mata, bayi ini juga tidak mempunyai hidung serta jantungnya lemah.

Ahmed Badruddin, doktor yang menjaga bayi berkenaan berkata, bayi itu tidak mampu hidup lama kerana sebahagian organ badannya juga didapati tidak cukup sifat.

Menurut doktor, bayi ini menderita sejenis penyakit yang luar biasa dipanggil 'Cylopia' yang amat jarang berlaku dalam dunia perubatan.

Cylopia adalah sejenis penyakit yang digeruni kerana bahagian mata tidak tumbuh dengan sempurna.

Adakalanya hanya satu mata, malah ada kes yang melaporkan dua mata menjadi satu.

“Ini adalah penyakit kelahiran yang jarang sekali berlaku.

"Bayi yang dilahirkan tidak akan dapat hidup lama.

"Ibu bayi ini mungkin terkena radiasi atau telah mengambil ubat-ubatan yang bercampur aduk sehingga menyebabkan keadaan sebegini,” ujarnya.

BACA INI JUGA: Dajjal Menanti Tasik Galilee Surut Airnya

3 comments

  1. Isskhhk..takut pulak tengok gambar tu.
    Moga ibu bayi tersebut diberikan ketabahan.

    ReplyDelete
  2. Kasihannya.. Kejadian Allah pasti ada hikmah..

    ReplyDelete
  3. Salam...

    http://islamdankeselamatannya.blogspot.my/2013/05/al-masihid-dajjal-pemahaman-semula.html

    link di atas adalah pendapat yang sangat menarik tentang dajjal....saya secara peribadinya bersetuju dengan pendapat penulis artikel di atas...penerangan yang dibentangkan oleh beliau menpunyai nilai ilmiah...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon