Oct 15, 2015

Alkohol 'Paracetamol Syrup' Tidak Membahayakan!

"Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan dilaporkan," katanya.

Paracetamol mengandungi alkohol

Terkedu rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam apabila membaca ulasan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman diatas.

Berdasarkan spesifikasi kementerian, produk yang dikeluarkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd itu tidak seharusnya mengandungi alkohol, bagaimanapun kandungan alkohol pada produk berkenaan berada pada had yang dibenarkan dan tiada isu keselamatan dilaporkan.

Justeru, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata orang ramai tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk berkenaan kerana produk itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Beliau bagaimanapun berkata, kementerian sudah mengarahkan syarikat pembekal ubat itu supaya menarik produk berkenaan kerana tidak mematuhi syarat pelabelan.

Syarikat berkenaan tidak menyatakan kandungan alkohol label dan sisip bungkusan sekali gus melanggar syarat pendaftaran, katanya lagi lapor Berita Harian.

Masalahnya, alkohol ni haram diminum oleh umat Islam. Jahilnya!

Alkohol Merupakan Penyakit

Semua kajian perubatan mengesahkan bahawa kejahatan yang terdapat dari alkohol sangat banyak dan berbahaya.

Dan bagi siapa yang mendakwa bahawa alkohol baik untuk hati adalah salah, kerana pelbagai jenis alkohol merosakkan sistem kekebalan tubuh dan kerosakan sel-sel hati dan mempengaruhi sel-sel otak serta menyebabkan gangguan mental.

Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan setiap penyakit ada ubatnya, kerana itu berubatlah dan jangan berubat dengan cara yang diharamkan" (Abu Dawud)

Alkohol mempengaruhi organ tubuh manusia. Bahawa organ rumit dan kompleks dalam tubuh adalah yang paling sering terpengaruh oleh alkohol, bahawa saraf, hati dan kelenjar endokrin boleh menyebabkan alkohol mempunyai masalah serius dan berbahaya.

Alkohol juga boleh menyebabkan perluasan esofagus, pembuluh darah, menyebabkan luka serius.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam kajian bahawa pesakit kanser kebanyakannya dihidapi oleh para peminum alkohol.

Nabi SAW pernah ditanya tentang berubat dengan alcohol, Baginda bersabda:

"Alkohol bukan ubat tetapi penyakit." (Muslim).

Alkohol juga mempengaruhi perut. Kajian juga mengatakan bahawa pengaruh negatif alkohol terhadap perut sehingga menjadi punca kesesakan membran perut ringan dan meningkatkan rembesan lendir klorida, yang menyebabkan jangkitan ulser perut kronik lalu menyebabkan kanser perut.

Dan yang berkaitan dengan usus ketika mengambil alkohol akan mengakibatkan jangkitan serius, dan masalah penyerapan, serta mengakibatkan gangguan pergerakan dan kekejangan.

Oleh kerana itu, Allah telah mengharamkan arak, kerana Allah ingin memberikan kebaikan kepada kita, dan sabda Nabi SAW, "Setiap minuman yang memabukkan adalah khamar dan khamar adalah haram." (Muslim).

BACA INI JUGA: Makanan Yang Menyebabkan Kita Pelupa

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Jakim sepatutnya keluarkan kenyataan... Ini bukan sahaja melibatkan kesihatan tetapi hukum juge

Rasanya Jakim pun takkan berani nak keluarkan statement, maklumlah makan gaji dengan kerajaan..

bab2 ubat ni jgn la buat main..kang silap2 jd isu besar...penjelasan kena jelas..kalau x..nti org lagi konpius

Harus ada penjelasan untuk gunakan tanpa was-was....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon