Aug 10, 2015

'Tuan-tuan Nak BR1M Lagi Ke Tidak?' - Najib

Tiada siapa patut menafikan kenyataan bahawa mata wang negara kini sedikit tenat dengan kejatuhan nilainya, namun ia bukanlah kayu pengukur untuk memberi takrifan menyeluruh tentang keadaan ekonomi Malaysia sekarang.

BR1M

Hanya kerana khabar angin berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (BR1M), dana derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Najib Razak serta beberapa isu fitnah lain, segelintir pihak terutamanya pembangkang terus mendesak agar figura tersebut melepaskan jawatannya selaku ketua kerajaan.

Ibarat tak pernah langsung melakukan sumbangan terhadap kebajikan rakyat dan pembangunan Malaysia, golongan tersebut menggunakan retorik sama untuk berhujah menghentam Najib.

Mengakui bahawa diri beliau ralat dengan situasi tersebut, Najib dalam ucapannya di perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Pasir Gudang, memberikan contoh situasi yang melanda syarikat penerbangan Malaysia, MAS.

“Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian.

“MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut.

“Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula dipersalahkan.”

Senang cakap, kenapa segelintir dari kita mudah membuat konklusi bahawa syarikat pelaburan yang baru berusia beberapa tahun itu gagal, namun langsung tak nampak bencana lebih besar yang dihadapi satu lagi syarikat milik Malaysia yang telah wujud puluhan tahun lalu? Fikirkan.

Kalau dilihat, Najib sedaya upaya mengotakan janjinya yang dibuat pada Pilihan Raya Umum lalu apabila menggunakan manifesto ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Antara yang jelas, perlaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalurkan mengikut kategori sama ada individu mahupun seisi rumah. Jelas sejelas jelasnya, ia menunjukkan bahawa hasrat kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat sememangnya sentiasa dikotakan.

Dalam ucapan sama pagi tadi, Najib turut menghulurkan soalan terhadap perwakilan yang hadir berkenaan solusi yang lebih baik sekiranya mereka merasa bahawa bantuan tersebut tidak relevan.

“Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak?

“Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?”

Ucapan tersebut mula menimbulkan pertanyaaan di benak ramai pihak, adakah Najib benar-benar ingin menghentikan pemberian RM950 untuk isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah dan RM750 untuk isi rumah berpendapatan RM4000 ke bawah?

Pastinya, ia turut memberi kesan kepada golongan bujang apabila bantuan sama bernilai RM350 untuk individu yang berpendapatan RM2000 ke bawah bakal terhapus sama sekali.

Adakah ini hasrat yang dimahukan golongan berpendapatan rendah? Sudah tentulah tidak kerana dalam menghadapi cabaran kehidupan kini, nilai tersebut amatlah dihargai dan sangat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

Justeru, kritikan semberono itu hanyalah dari segelintir pihak yang sudah kekontangan idea untuk menhentam kepimpinan Najib dan cuba memporak-perandakan imej beliau di mata masyarakat yang bersyukur terhadap pemberian itu.

Jelasnya, inilah strategi pihak terbabit untuk menyebarkan fitnah supaya BR1M dihentikan lantas memudahkan tugas menyuntik propaganda kepada rakyat supaya membenci kerajaan.

Dalam situasi ini, siapa yang akan untung dan siapa yang bakal rugi? Fikirlah sedalam-dalamnya…

BACA INI JUGA: Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion Najib

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Semoga bantuan dapat diberikan kepada mereka yang benar-benar layak..

Betul tu. Kesian orang kg yang tak dapat derma bilion2 kan..:(

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon