Tuesday, August 25, 2015

Misteri Tsunami Ais


Pagi 11 Mac 2013, cuaca sekitar Izatys Resort begitu nyaman sekali memandangkan musim panas akan tiba. Namun, tiupan angin yang agak kuat berbanding hari-hari sebelumnya.

Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota

Sekitar jam 11 pagi, suasana yang hening tiba-tiba bertukar panik apabila riak air tasik Mille Lacs, Minnesota, melimpah ke tebing secara tiba-tiba.

Peliknya, riak itu bukan percikan air tetapi kepingan ais dengan ketebalan mencecah satu inci lebih. Penduduk juga mendapati halaman di belakang rumah diliputi ais tebal.

Udara yang pada mulanya tenang tidak semena-mena bertukar menjadi angin kencang.

Kepingan ais setinggi dua kaki terus mara menuju ke rumah-rumah penduduk seperti pergerakan lava gunung berapi apabila angin bertiup lebih kencang.

Apa yang menghairankan, kejadian itu berlaku dipenghujung musim bunga dan bukannya pada musim sejuk.

Menyaksikan kejadian luarbiasa itu, Darla Johnson dengan pantas mencapai telefon bimbit dan merakam semua kejadian itu sebelum dimuat naik ke laman sosial.

Video berdurasi 6 minit 52 saat itu dengan jelas menunjukkan bagaimana ais bergerak secara perlahan-lahan menutupi permukaan tanah sebelum meranapkan rumah-rumah penduduk.

Kejadian ini dipercayai berpunca daripada pergerakan angin berkelajuan 30 hingga 40 batu sejam yang bertiup kencang lalu menolak ketulan-ketulan ais ke arah tebing.

Sekurang-kurangnya, 4 kilometer daratan sepanjang tasik diliputi ais dengan ketebalan sembilan hingga 30 kaki.

Bagaimanapun, keadaan cuaca yang baik pada hari berikutnya membantu mencairkan ais secara perlahan-lahan.

Kejadian serupa turut berlaku di tasik Dauphin, Kanada, kira-kira 965 kilometer dari tasik Melle Lacs.

Menurut seorang saksi, Elaine Davis, ketika kejadian dia berada dipantai sebelum terdengar sesuatu yang pelik seperti kaca berlaga dari tasik Dauphin.

Lima minit kemudian, ais melimpah ke tebing dan menghentam rumah penduduk dalam sekelip mata. Enam buah rumah musnah manakala 14 lagi rosak teruk.

Persoalannya, bagaimana tsunami ais boleh berlaku pada musim bunga?

Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota [2]
Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota [3]
Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota [4]
Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota [5]
Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota [6]

Ice Shove

Kejadian tsunami ais atau juga dikenali sebagai Ice Shove atau Ivu, adalah kejadian yang sangat jarang terjadi. Namun, ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Kejadian tsunami ais boleh dikatakan hampir serupa dengan kejadian air. Bagaimanapun, tsunami air berlaku berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Tekanan tinggi yang dihasilkan daripada geseran itulah yang menyebabkan air laut tertolak dan melimpah ke kawasan-kawasan yang rendah.

Tsunami air juga biasanya berlaku di lokasi-lokasi beriklim panas, manakala tsunami ais pula berlaku di negara-negara beriklim sejuk.

Ketika musim sejuk, beberapa lokasi di dalam lautan membeku. Apabila masuk musim bunga, ais mula mengembang sebelum mencair akibat perubahan cuaca.

Semasa proses pengembangan berlaku, wujud satu tenaga dari bawah lain yang memberi tekanan kepada bongkah-bongkah tersebut sehingga berlaku letupan.

Ketulan-ketulan ais yang tumpat dibawa naik oleh arus laut ke permukaan sehingga ke ketinggian 92 kaki. Dan angin kencang yang bertiup akan membawa ais-ais ke kawasan-kawasan rendah berhampiran pantai.

Walau apa pun kemungkinannya, masih belum ada jawapan yang jelas tentang misteri tsunami ais ini. Punca sebenar kejadian ini masih lagi dalam peringkat kajian.

Pun begitu, fenomena ini sebenarnya hampir serupa dengan tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dasar laut.

Ia tidak mustahil boleh berlaku lagi dimasa-masa akan datang tanpa kita sedari kerana ia berkait rapat dengan cuaca melampau yang sukar diramal.

BACA INI JUGA: Selepas Tsunami, Gambar Biasa Yang Luarbiasa!

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. menakutkan betul...tsunami ais pun dah berlaku sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejadian akhir zaman angkara kerosakan tangan manusia la ni..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon