Friday, July 31, 2015

Draf Waran Tangkap Untuk Najib Punca Gani Patail Dipecat?


Selasa lalu, 1Malaysia turut terkejut dengan berita yang mengatakan Gani Patail telah ditamatkan perkhidmatannya pada hari Isnin. Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan.

Waran Tangkap Najib

Gani telah digantikan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa Isnin (27 Julai 2015).

Ramai yang mempersoalkan alasan yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara itu iaitu alasan 'Kesihatan' kerana ketika mengetuai pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat, Gani dilaporkan sedang mengalami masaalah kesihatan.

Selain itu faktor usia juga dipersoalkan, Gani berusia 62 tahun tapi yang menggantikannya pula lima tahun lebih tua darinya..

Gani juga dilaporkan terpinga-pinga dengan penamatan perkhidmatannya itu.

Umum mengetahui ketika perkhidmatan Gani ditamatkan dua tahun lebih awal itu beliau antara individu yang terlibat secara langsung dengan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang sedang giat menyiasat tuduhan RM2.6 Bilion yang dikatakan disalurkan ke dalam akaun Najib.

Hari ini Sarawak Report, portal yang telah di 'block' oleh SKMM tapi masih boleh dilayarai telah mendedahkan sebab sebenar perkhidmatan Gani itu ditamatkan secara tiba-tiba.

Menurut Sarawak Report, Gani ditamatkan perkhidmatannya secara tiba-tiba kerana beliau sedang merangka kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dan Dato Shamsul Anuar bin Sulaiman.

Difahamkan Sarawak Report telah menerima beberapa bukti salinan dokumen yang menunjukkan Gani Patail sedang merangka pendakwaan ke atas Najib atas pertuduhan rasuah sebelum ditamatkan jawatannya.

Salinan tersebut menurut Sarawak Report telah disahkan kesahihannya sebelum dipaparkan kepada umum untuk tujuan penyebaran.

Salinan tersebut masih berstatus 'draf' (rangka) kerana Gani ditamatkan perkhidmatan sebelum berjaya menghabiskan kertas siasatan dalam persediaan ke arah proses pendakwaan.

Draf pertuduhan pertama menunjukkan Pendakwa Raya lawan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato Shamsul Anuar bin Sulaiman menyatakan kedua tertuduh tersebut bersama seorang lagi yang masih bebas iaitu Nik Faisal Ariff telah menerima suapan berjumlah RM27 juta sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan pinjaman dari KWAP.

Menurut Sarawak Report lagi, pada pagi isnin ketika Gani mahu memasuki pejabatnya, dia telah dihalang dan dimaklumkan telah ditamatkan perkhidmatannya.

Bukan sahaja gagal memasuki pejabatnya pada pagi itu bahkan tidak berhasil mengambil apa-apa dokumen sekalipun.

Versi cache saja tu sebab Sarawak Report dah kena block sekali lagi sebab siarkan pendedahan ini.

Dokumen yang dimaksudkan mungkin tak kelihatan di situ.

Gani Patail perlu bersuara mengenai kertas pertuduhan PM

Pejabat Peguam Negara menafikan kewujudan kertas pertuduhan terhadap Najib, dan dakwaan itu menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri menggunakan kesalahan jenayah, kata Apandi.

Peguam negara yang baharu dilantik itu berkata plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan.

“Kertas pertuduhan yang dikatakan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan perdana menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat,” kata Apandi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pasukan petugas khas yang menyiasat skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum melengkapkan siasatan maka tidak mungkin kertas pertuduhan dapat disediakan lebih awal.

"Tuduhan warga asing Clare Rewcastle-Brown dalam blog politik Sarawak Report tidak benar," katanya.

Mengulas mengenai perkara ini Ketua Biro Guaman dan Undang-undang PKR Latheefa Koya berkata, selagi bekas peguam negara belum menafikan atau mengesahkan kesahihan dokumen disiarkan Sarawak Report itu, adalah salah untuk membuat kesimpulan.

"Demi kepentingan umum, diharapkan Gani untuk tampil ke depan dan menjelaskan perkara ini," kata Latheefa dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, pagi ini.

"Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak boleh membuat kesimpulan dengan mendakwa terdapat satu plot untuk menjatuhkan PM semata-mata kerana rupa kertas pertuduhan yang didakwa ini. Di manakah bukti bagi apa-apa rancangan jahat?," katanya lapor The Malaysian Insider.

Kertas Pertuduhan Terhadap PM Palsu?

Dakwaan terbaharu oleh Clare Rewcastle Brown dalam Sarawak Report mengenai kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah palsu, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Kertas pertuduhan itu tidak pernah dikeluarkan Pejabat Peguam Negara, malah format yang diguna pakai juga tidak betul atau ditulis oleh jabatan itu,” katanya yang baharu dilantik sebagai Peguam Negara dalam satu kenyataan.

“Siasatan Pasukan Petugas Khas berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum lengkap, menjadikan ia mustahil bagi kertas pertuduhan dibuat lebih awal,” katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan Sarawak Report bahawa Tan Sri Abdul Gani Patail telah dipecat sebagai Peguam Negara pada Selasa kerana beliau mahu mengambil tindakan terhadap perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata, dakwaan berhubung kertas pertuduhan ini menunjukkan terdapat konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dengan menjadikan beliau sebagai penjenayah dengan menggunakan kaedah termasuk memalsukan dan kebocoran jenayah.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon