Monday, July 06, 2015

Aplikasi Android Terbaik Menghalau Nyamuk Aedes


Sejak dahulu lagi, pelbagai langkah dan pendekatan telah dijalankan kerajaan untuk menghindari pembiakan nyamuk Aedes.

Kil-Dengue

Namun, laporan mengenai penyakit melibatkan virus daripada nyamuk Aedes ini seakan tidak berkurangan sahaja.

Oleh itu sudah tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia menggunakan kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi agar diberikan lebih pendekatan berbanding langkah kerajaan sebelum ini.

Kini, salah satu aplikasi hadir untuk menghalau nyamuk Aedes ini, dinamakan sebagai Kil-Dengue dan ditawarkan untuk Android dan juga iOS.

Aplikasi ini menggunakan gelombang bunyi dan menjana frekuensi khusus untuk menghalau nyamuk berkenaan sekaligus mengelakkan pengguna daripada digigit oleh nyamuk berkenaan.

Menurut pembangunnya, terdapat pelbagai aplikasi seumpamanya di pasaran pada hari ini, tetapi Kil-Dengue dioptimasikan khusus untuk nyamuk Aedes Aegypti jenis nyamuk Aedes majoriti di Malaysia.

Frekuensi yang dihasilkan oleh aplikasi ini mempunyai bunyi yang sangat rendah yang tidak didengar pada telinga manusia.

Melalui frekuensi bunyi berkenaan, ia menghalau nyamuk betina Aedes Aegypti yang mana sering menyebarkan jangkitan virus denggi.

Frekuensi aplikasi itu berfungsi dengan berkesan dalam lingkungan lima meter. Ketika aplikasi itu diaktifkan, pengguna masih boleh menggunakan fungsi-fungsi lain seperti "chat" dan melayari internet.

Bagaimanapun fungsi app itu akan terganggu sementara jika ada panggilan telefon. Pengguna juga dapat memilih selama mana app itu diaktifkan.

Aplikasi ini menggunakan kuasa bateri yang sederhana, sama seperti mendengar MP3 melalui telefon mudah alih.

Aplikasi Kil-Dengue ini ditawarkan secara berbayar pada Apple AppStore dan Google PlayStore, dan boleh dimuat-turun di iTunes Kil-Dengue iOs dan Google Play.

BACA INI JUGA: Tanaman Yang Patut Ditanam Untuk Menghalau Nyamuk

Sumber: BERNAMA

2 comments

  1. Wahh.. semakin canggih ni.. mudah2an denggi dpt di bentras sebaiknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Ubat' paling mudah hanya melalui smartphone kita..;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon