May 19, 2015

Video Bayi Kena Dera Dilambung Macam Patung

Sebuah klip video yang menunjukkan seorang bayi dilambung dan diperlaku seperti patung oleh seorang wanita menyebabkan majoriti pelayar laman sosial mengamuk.

Dera

Difahamkan, bayi tersebut berusia enam bulan dan tangisan bayi berkenaan menyebabkan wanita tersebut menderanya.

Dalam klip berdurasi 51 saat tersebut, wanita berkenaan senyum sambil melakukan aksi-aksi kasar dan ganas terhadap bayi berkenaan, termasuk mencampakkannya ke atas tilam.

Bagaimanapun, waktu dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

"Ya ALLAH, tak sanggup saya nak tengok.."

"Kenapa yang tukang rakam video ni biarkan benda ni berlaku?"

Sementara itu, beberapa pelayar bertindak mencari laman sosial wanita terbabit.

Beberapa keping foto yang didakwa ibu kepada bayi berkenaan juga tersebar namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

KEMASKINI

Video Bayi Didera Rakaman Kes Lama

Video yang memperlihat seorang bayi didera yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu merupakan rakaman kes lama.

Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Ipoh, Supt Anuar Othman berkata suspek yang merupakan ibu bayi tersebut turut membuat rakaman lain.

“Jadi tidak ada kes penderaan baharu,” katanya.

Rakaman berdurasi 52 saat itu yang memaparkan bayi tersebut dicampak atas katil dan digoncang serta dilambung seorang wanita menjadi viral di Facebook dan WhatsApp.

BACA INI JUGA: Merotan Anak Bakal Jadi Satu Jenayah?



Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

rasa cam nak tunjal2 aje mak yang bodo ni.. tukang rakam ni pun sama.. macam nak lagakan kepala depa berdua.. tengok depa sakit ke idak..

Adoii mmg tk paham laaa ngan org zaman moden ni ...apa nk jadi ntah..seyess takleh tgk video tu hati jd sebak bila dgr baby tu nangis

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon