May 13, 2015

Suspek Sepak Pelajar Kolej Sampai Mati Ada Silat Dan Tomoi

Susulan kes seorang pelajar Kolej Vokasional di Bachok, Kelantan iaitu Mohamad Nor Akram Zime, 16, yang mati disepak ketika sedang tidur, suspek kes tersebut dikatakan memiliki ilmu pertahanan diri silat dan tomoi.

Mohamad Nor Akram Zime

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada sifat senioriti di mana suspek merasakan dirinya tidak dihormati sehingga bertindak menendang mangsa di bahagian kepala ketika sedang tidur.

Akibatnya, mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan Hussain Awang berkata, pihak pengurusan sekolah terutama guru besar dan pengetua harus mempergiatkan pemantauan terhadap gejala tersebut dalam kalangan pelajar agar situasi sama tidak berulang.

Dalam kenyataannya kepada Bernama, “Kejadian yang menyebabkan kematian pelajar adalah sesuatu yang serius dan mengejutkan. Perkara ini perlu dijadikan pengajaran penting buat semua pihak termasuk pihak sekolah dan pengajar.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana bukan hanya memberi kesan yang besar kepada keluarga mangsa tetapi juga menjejaskan masa depan suspek.”

Hussain turut berkata, budaya senioriti di sekolah tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan sesuatu tindakan sehingga mendatangkan kecederaan, apatah lagi membawa maut.

Dalam kejadian tersebut Mohd Nor Akram ditendang di bahagian kepala sebanyak dua kali dan tindakan tersebut telah menyebabkan urat kepalanya terputus.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Berangan, Pasir Puteh, Kelantan.

BACA INI JUGA: Elisa Lam, Kematian Misteri Di Hotel Cecil

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon