Tuesday, May 12, 2015

Gambar Pemuda Sabah Bantu Mangsa Kemalangan Viral


[KEMASKINI] Gambar yang saya terima semalam cukup mengagumkan. Foto yang memaparkan sikap berani dan kemuliaan hati seorang pemuda ketika membantu seorang mangsa kemalangan ngeri.



Menurut maklumat yang diterima, seorang penunggang motosikal telah merempuh belakang kereta Grand Livina selepas sebuah kereta pajero yang berada di bahagian paling hadapan membrek secara mengejut.

Penunggang motor yang bernama Adli ini langsung tidak sempat membrek lalu merempuh belakang kereta dalam keadaan laju.

Kejadian berlaku berdekatan LRT Pandan Jaya pada malam Ahad lalu.

Kecederaannya dikatakan agak parah, retak dibahagian tempurung kepala.

Dengan penuh beranian, seorang pemuda yang menyaksikan kemalangan tersebut bertindak pantas mengeluarkan mangsa dari bawah kereta dan dengan pantas membalut luka mangsa untuk menghentikan pendarahan.



Apa yang mendapat pujian ramai, Mohd Azlie (ND), pemuda tersebut sanggup membuka dan menggunakan bajunya sendiri untuk membalut luka mangsa tersebut.

Menurut maklumat yang disampaikan seorang pembaca, Mohd Azlie lebih dikenali dengan nama panggilan ND ditempat kelahirannya. Dia yang berasal dari Kg. Merampong, Keningau, Sabah, sememangnya seorang yang ringan tulang dan disukai ramai rakan dan keluarga.

Malah, dia pernah diberi anugerah pekerja contoh sebelum ini di syarikat tempat dia bekerja.

Bukan semua orang memiliki kesungguhan dan kesanggupan begini ketika membantu mangsa kemalangan sedemikian.

Syabas ND..

BACA INI JUGA: 'Sekeping' Ciuman Untuk Terus Bernyawa

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. Sikap mulia yg patut menjadi contoh yg baik buat kita semua.. Syabas buat saudara Mohd Azlie!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon