Kita akui bukan semua rakyat Malaysia memahami atau merestui GST, yang telah menyebabkan harga barangan harian melambung tinggi dan membebankan rakyat jelata.
Terbaharu, sebuah video seorang anak gadis, yang mungkin berusia tujuh atau lapan tahun di dalam laman sosial YouTube sedang menunjukkan budak sekolah itu menyanyikan lagu yang mencerca GST menjadi viral.
Senyuman manis mengiringi suara yang riang tatkala budak itu, yang kelihatan duduk di kerusi depan sebuah kereta, mengalunkan lagu itu semasa perjalanan ke sekolah.
Lirik lagu berbunyi, “ABCDGST harga semua naik tinggi. Gaji pun tak naik lagi, kena makan Maggi mee. ABCDGST, Najib tipu rakyat lagi”.
Klip video selama kira-kira satu minit itu telah dimuatnaik di dalam laman sosial, blog dan beberapa portal berita dan mendapat pelbagai reaksi dari pengikut siber dari seluruh pelusuk negara.
Namun, dalam kes kanak-kanak ABCDGST ini, ibubapa sepatutnya melindungi gadis kecil itu dari pengaiban, penderaan emosi, keganasan (kerana memaksa budak yang mentah pemikiran menuruti pihak yang berkuasa ke atasnya) dan dari sudut eksploitasi.
Perlindungan terhadap kanak-kanak daripada segala bentuk bahaya, ancaman dan penggunaaan sebagai alat politik hendaklah diberi keutamaan.
Jangan difikirkan bahawa ancaman kepada kanak-kanak adalah semata-mata dari segi penderaan, pencabulan fizikal dan seksual kerana perkembangan kebelakangan ini menunjukkan mereka mudah didera, sama ada di sedari atau tidak, dari segi mental, emosi dan maruah diri.
Apapun, video ini sebenarnya agak melucukan..:)
BACA INI JUGA: Hukum GST Adalah Harus, Tapi Yang Kaya Terus Kaya

Assalammualaikum... SP,
ReplyDeletekenaikan harga ... memang membebankan terutama yang berpendapatan rendah.. dan sederhana.... GST oh.. GST
Itulah hakikat pahit yang sebenarnya, cuma enggan diakui oleh manusia-manusia kaya yang membuat keputusan..
Deletepenggunaan kanak-kanak untuk tujuan menjadikan sebuah penerimaan perlaksanaan sesuatu misi politik sepatutnya dielakkan
ReplyDeleteSaya mmg langsung tak sokong GST ni sebenarnya.. bukan sbb politik, tapi sbb mmg menyusahkan. Kita negara yg ada kepelbagaian sumber bukan mcm kebanyakkan negara yg apply GST ni.. mmg menyusahkan...
ReplyDeleteCerita GSt tak abis lagi...adoii.
ReplyDelete