Thursday, March 05, 2015

Saya Malu Dituduh Periwayat Palsu - Ustaz Kazim


Sekeping surat daripada Jabatan Mufti Perlis berkenaan penganjuran forum agama yang tersebar kini menjadi viral dan hangat diperkatakan.

Ustaz Kazim vs Dr Maza

Surat yang mengejutkan ramai tersebut, menyatakan pendirian jabatan itu yang tidak bersetuju terhadap jemputan kepada Ustaz Kazim bagi menjadi salah satu panel dalam program sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang ke-69.

Surat ditandatangani Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu menyatakan pendirian tersebut disebabkan Ustaz Kazim didakwa sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Hal ini sekaligus, mengundang pelbagai reaksi dan persoalan daripada banyak pihak.

Susulan itu menerusi laman Facebook, Dr. Maza menjelaskan bahawa itu merupakan surat rasmi dalaman yang telah dipanjangkan individu tertentu kepada pihak pengurusan forum berkenaan dan dianggap sulit.

Bagaimanapun apabila surat ini tersebar beliau terpaksa tampil dengan penjelasan.

Ustaz Kazim vs Dr Maza [2]

Menurut Dr Maza, tindakan ini selaras dengan kehendak ilmuan dan masyarakat sendiri yang mahu memastikan kesahihan riwayat.

Turut disertakan, salinan buku tulisan Ustaz Kazim yang mengungkap kisah Nabi Muhammad SAW melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari.

Bagaimanapun terang beliau lanjut, setakat ini Ustaz Kazim tidak pernah dihalang daripada mengadakan ceramah di Perlis.

Tindakan Mufti Perlis Tidak Adil, Malukan Saya

“Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini. Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini.

“Saya terpaksa mempertahankan diri sebab ia menjejaskan kredibiliti dan imej saya sebagai seorang penceramah yang dituduh menggunakan riwayat palsu,” katanya dalam sidang media.

“Kalau saya dikatakan mengeluarkan riwayat yang tak sahih, sepatutnya perkara ini boleh dibawa berbincang, bukan dengan mengeluarkan surat dan tersebar meluas di media sosial,” katanya.
Beliau berkata riwayat palsu yang dimaksudkan dalam surat berkenaan merujuk kepada rakaman di YouTube daripada satu ceramahnya yang antara lain menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari.’

Mengulas perkara itu, Mohamad Kazim berkata beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Mungkin dia ada isu lain yang tersirat di hati dia. Sebagai orang Islam (kita) sepatutnya saling tolong-menolong, bukannya menyekat,” katanya.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

Sumber: BERNAMA.COM / MYNEWSHUB.CC

4 comments

  1. Inilah berlaku bila niat tak menyampai kepada apa yg dihasratkan.. mudah2an kita sbg umat Islam sentiasa bersatu... aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu KK. Banyak cabarannya menegakkan syiar Islam ni..

      Delete
  2. Saya tak pakai sgt pandangan Dr. MAZA ni sebab dia bias dlm menyampaikan pandangan

    ReplyDelete
  3. owh , ini rupanya kesnya . ujian ustz kazim . dia sebenarnya dah melalui byk ujian dlm usaha berdakwah ... Allah lbh mengtahui ... wallahua'alam .

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon