Mar 6, 2015

Isu Ustaz Kazim, Alasan Dr Asri 'Kebudak-budakan'!

Umat Islam di seluruh negara dikecohkan tentang dua orang ulama yang merujuk kepada Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin, dan tokoh penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias. Kita semua tahu kenapa, kan?

roti-jala

Ya, berkenaan sepucuk surat yang tersebar mengenai Dr Asri yang tidak bersetuju Ustaz Kazim menjadi panel Forum Perdana sempena hari Keputeraan Raja Perlis tidak lama lagi. Tidak tahulah siapa “malaun” yang sebarkan surat berkenaan.

Kita tidak pasti tentang niat sebenar pihak berkenaan menyebarkan surat Jabatan Mufti itu. Mungkin untuk mengenakan Dr Asri atau Ustaz Kazim, itu kita tidak pasti. Namun yang pasti, kesannya agak buruk bagi kedua pihak ulama tersebut.

Untuk apa sebenarnya surat tersebut disebarkan ke khalayak ramai?

Sebaliknya, jika diserahkan kepada Ustaz Kazim secara peribadi, ia tidak akan menjejaskan reputasi dua tokoh tersebut dan tidaklah umat Islam kecoh sebegini tentang isu ini, bukan?

Peliknya, tujuan pihak yang menyebarkan surat itu agak “aneh” niatnya…

Menerusi Facebooknya, Dr Asri memberikan bukti “roti jala dicicah kuah kari” untuk menolak Ustaz Kazim sebagai panel. Itu fakta.

Namun, alasan dan bukti itu sangat kebudak-budakkan. Satu alasan yang tidak dapat diterima dan tidak logik dek akal. Satu dalil yang dangkal dari seorang mufti? Menghairankan..

Walhal, Ustaz Kazim dalam ceramahnya langsung tidak menyebut ungkapan seperti “bahawa diriwayatkan oleh si polan bin si polan..” atau mengatakan kisah berkenaan sebagai hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan.

Dalam ceramah Ustaz Kazim, beliau hanya melakukan perumpamaan sahaja untuk menunjukkan betapa sederhananya Rasulullah SAW dalam menganjurkan walimah atau kenduri. Itu niat Ustaz Kazim yang sebenar.

Beliau berniat untuk memudahkan pemahaman dari sudut konsep muamalah dan akhlak Baginda SAW dengan menggunakan perumpamaan yang mudah.

Takkanlah itu pun Dr Asri tidak faham? Tidak faham atau pura-pura tidak faham?

Di dalam Islam, Dr Asri sendiri tahu bagaimana dikias dan diumpamakan perlakuan zina itu seolah “jari yang dimasukkan cincin”, bukan? Dengan perumpamaan itu, apakah Dr Asri menganggap menyarungkan cincin ke jari di majlis pernikahan itu adalah satu perlakuan “zina”?

Saya yakin, umat Islam di Malaysia ini tidak bodoh seperti yang Dr Asri sangkakan. Kita yakin mereka tahu bahawa kenduri yang Rasulullah SAW anjurkan tiada “roti jala dicicah kuah kari”.

Malah, kita semua tahu “roti jala” memang tidak ada di zaman Rasulullah SAW dulu.

Sebaliknya, dengan perumpamaan itu, kita faham bahawa Ustaz Kazim menjelaskan tentang sifat zuhud dan amalan wasatiyyah Rasulullah SAW dalam menganjurkan walimah ketika hayatnya.

Secara tidak langsung, maka tepatlah perumpamaan Ustaz Kazim untuk menerangkan konsep akhlak dan ajaran Rasulullah SAW itu, bukan?

Justeru itu, kita menyarankan kepada Dr Asri supaya mencari alasan atau bukti lain yang lebih konkrit untuk menyokong keputusan beliau untuk tidak bersetuju menjadikan Ustaz Kazim sebagai panel di majlis forum berkenaan.

Carilah alasan yang lebih kukuh, berasas, logik dan bersandarkan dalil-dalil naqli serta aqli yang boleh diterima oleh umat Islam di Malaysia, khususnya di Perlis yang kepingin mahu mendengar celoteh ceramah Ustaz Kazim yang terkenal itu.

Malulah jika seorang sahbibus samahah mufti yang hebat tiba-tiba mengeluarkan alasan dan bukti yang “lekeh”, bukan?

Cuma, harapan agar  Dr Asri tampil mengemukakan bukti “konkrit” berkenaan isu ini, beliau boleh terus menghubungi atau berjumpa terus dengan Ustaz Kazim. Sekurang-kurangnya tidaklah menjejaskan reputasi kedua pihak, bukan?

Bukan apa, sekurang-kurangnya nanti dapatlah Ustaz Kazim mempertahan diri dan memberi pencerahan sewajarnya kepada Dr Asri tentang ketidakfahamannya dengan pendekatan penceramah terkenal itu, terutama bab “roti jala” dan “kuah kari”, kan?

Boleh Dr Asri?

BACA INI JUGA: Siapa Sebenarnya Golongan Anti-Hadis?

Sumber: MYKMU.NET

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Susahlah mcm ni.. angkara syaitan semua ni. Lagi tinggi ilmu lagi besar rank syaitan yg dtg melaga2kan.. wallahualam...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon