Mar 30, 2015

Co-Pilot Germanwings Bunuh Diri Punca Nahas Pesawat

Menurut laporan pakar penyiasat, suspek utama yang menyebabkan terhempasnya pesawat Germanwings, Andreas Lubitz berkali-kali meminta juruterbang pesawat itu, Kapten Patrick Sondheimer untuk ke tandas.

Andreas Lubitz

Bukti tersebut didedahkan setelah transkrip penuh perakam suara dari kotak hitam (CRV) pesawat A320 dianalisis, lantas menyaksikan dia berkemungkinan menjadi punca kematian kesemua penumpang berjumlah 150 orang.

Rakaman bermula apabila Kapten Sondheimer memohon maaf kepada para penumpang kerana penerbangan pesawat tertunda hampir setengah jam dan berjanji untuk melancarkan perjalanan menuju Dusseldorf.

Memetik laporan dari akhbar Jerman, Bild, setelah memulakan perjalanan selama 20 minit, Lubitz menyuruh Kapten Sondheimer agar ke tandas dan berkata dia akan menggantikan lelaki itu mengendalikan penerbangan.

Tepat jam 10.27, setelah pesawat mencecah altitud 38,000 kaki, Kapten Sondheimer membuat arahan pertama untuk persediaan mendaratkan pesawat di Dusseldorf.

Pakar penyiasat berkata, dalam rakaman berkenaan, kedengaran jawapan dari Lubitz yang berkata, ‘hopefully‘ dan ‘we’ll see‘.

Tak lama selepas selesai membuat arahan, Sonheimer beredar untuk ke tandas sebelum Lubitz bertindak mengunci pintu kokpit dan mengubah sistem autopilot turun ke paras 100 kaki dari paras asal 38,000 kaki.

Beberapa minit kemudian, pintu kokpit kedengaran diketuk dengan kuat sambil seseorang yang dipercayai juruterbang pesawat itu menjerit dari luar, “Open the goddamn door!”

Laporan turut menyatakan, pintu tersebut diketuk dengan satu alat dipercayai kapak bagi membolehkan juruterbang mengakses masuk ke kokpit semula namun semuanya sudah terlambat. -Mynewshub.cc

Co-Pilot Kata Semua Orang Akan Tahu Namanya

Pembantu juruterbang Germanwings sebelum ini selalu meluahkan kebimbangan keadaan kesihatan akan menjejaskan cita-citanya dalam industri penerbangan, kata bekas teman wanitanya kepada sebuah akhbar Jerman.

Andreas Lubitz, 27, dikatakan berazam melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan dan membuatkan semua orang ingat namanya.

Wanita berusia 26 tahun dikenali Maria W dalam temuramah dengan akhbar Bild berkata, Lubitz selalu memberitahunya: “Satu hari nanti saya akan lakukan sesuatu yang akan mengubah seluruh sistem dan semua orang akan tahu dan ingat nama saya.”

“Saya tak tahu apa maksudnya ketika itu, tetapi sekarang baru saya faham,” kata Maria.

Pemeriksaan pasukan penyiasat di rumah Lubitz mendapati dia selama ini menyembunyikan penyakit kemurungan melampau yang dialami malah membuang berpuluh surat cuti sakit yang diberikan doktor termasuk pada hari nahas.
Sementara itu, pihak berkuasa sudah mengeluarkan nama kapten pesawat malang itu iaitu Patrick Sonderheimer.

Sonderheimer mula berkhidmat dengan Germanwings pada Mei 2014, tetapi sebelum itu berkhidmat dengan syarikat induk, Lufthansa dan satu lagi anak syarikatnya Condor selama lebih 10 tahun. Beliau mempunyai rekod penerbangan selama lebih 6,000 jam.

Kedua-dua juruterbang, Sonderheimer dan Andreas Lubitz, dilatih di pusat latihan penerbangan Lufthansa di Bremen, Jerman. –AFP

Rakaman Audio Kokpit 60 Saat Sebelum Pesawat Germanwings Terhempas.



BACA INI JUGA: 10 Kehilangan Pesawat Udara Yang Menggempar Dunia

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Aduhh susah mcm ni.. tak pasal2 melibatkan bnyk nyawa teraniaya...

diingati laa sangat..kan.... mental betul

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon