Sunday, March 15, 2015

Amalan Menampar Untuk Membesarkan Payudara!


Di Bangkok, Thailand, sebuah salon kecantikan yang dimiliki oleh seorang ahli terapi bernama Khemmikka Na Songkhla menawarkan satu kaedah pelik untuk membesarkan payudara!

Khemmikka Na Songkhla

Khemmikka, seorang pengamal perubatan alternatif, cuba melawan arus kemodenan dengan menawarkan cara pelik ini untuk membesarkan payudara.

Teknik yang ditawarkan tidak menggunakan sebarang ubat atau pembedahan tetapi hanya dengan menggunakan kaedah terapi menampar payudara.

Rawatan yang dilakukan sangat mudah. Menurut Khemmikka, bahagian dada pelanggan akan disapu terlebih dahulu dengan ramuan herba yang telah disediakan.

Kemudian, dia akan merawat dengan cara urutan, menepuk-nepuk, memijat dan menampar dada pelanggan selama 20 hingga 30 minit.

Ia dilakukan untuk mengumpul lebihan lemak yang terdapat disekitar dada dan menumpukannya ke bahagian payudara supaya kelihatan lebih pejal dan berisi.

Khemmikka, yang lebih dikenali sebagai Khunying Tobnom mengatakan, setiap kali selesai sesi rawatan, saiz payudara pelanggan akan berubah sebanyak dua inci.

Pelanggan akan melihat dan mengukur sendiri perubahan yang berlaku pada saiz payudara mereka.

Sesi rawatan ini akan diulangi sehinggalah pelanggan berpuas hati atau mendapat saiz yang diidamkan.

Menurut Khemmikka, sejak dia memperkenalkan rawatan ini pada tahun 2003, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada wanita yang mempunyai pelbagai latar belakang.

Khemmikka Na Songkhla [2]

Mereka berusia antara belasan tahun hinggalah 40an dan kesemuanya datang dari seluruh pelusuk Thailand.

Adakalanya juga, wanita yang berusia lebih 50 tahun juga turut bertemu dengan Khemmikka untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bagaimanapun, Khemmikka menolak untuk memberikan rawatan kepada wanita yang terlalu kurus atau mempunyai saiz payudara yang terlalu kecil.

Ini kerana, pelanggan begini tidak mempunyai banyak lemak dan saiz buah dada mereka juga sukar untuk dibentuk.

Apa yang menarik mengenai Khemmikka ialah kaedah rawatan yang dipraktikkannya diwarisi secara turun temurun dan telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Thailand.

Malah, kerajaan Thailand sendiri telah mempromosikan teknik ini sebagai alternatif kepada pembedahan plastik dan kaedah implan silikon.

Rawatan ini juga dikatakan lebih natural kerana ia tidak menyebabkan berlakunya pembengkakan di kelenjar limpa.

Radang pada bahagian kelenjar limpa merupakan kesan terburuk akibat kebocoran implan silikon disekitar buah dada yang yang akan mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem kekebalan tubuh.

Malah, kaedah pembedahan juga selalunya memberikan kesan jangka panjang kepada masalah kesihatan.

Khemmikka Na Songkhla [3]

Respon daripada pelanggannya juga amat memberangsangkan. Walaupun mereka berasa sedikit sakit ketika menjalani rawatan, kebanyakan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan ini sangat berpuas hati dengan hasil tangan ajaib Khemmikka.

Rata-rata mereka berpuas hati melihat perubahan saiz buah dada yang berubah serta-merta!

Macam-macam..

BACA INI JUGA: Lelaki Tidak Berkhatan Punca Kanser Serviks Kepada Wanita

-Sentiasapanas.com

4 comments

  1. Tak sakit ke kena tampar tu? Tapi bagus juga la dari buat pembedahan plastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka sanggup menahan kesakitan demi kecantikan..

      Delete
  2. Huh.. mcm2 cara nak jadi menarik ni kan SP... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam cara diorang sanggup lakukan. Entah betul entah tidak..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon