Wednesday, January 21, 2015

Misteri 'Ley Lines' Garisan Spiritual Bumi


Ley Lines ialah jajaran garisan beberapa tempat yang mana dalam kawasan geografi yang menarik, seperti kedudukan monumen purba dan megaliths (bongkah batu yang disusun, dibina membentuk satu struktur) yang dipercayai mempunyai kuasa spiritual.

Misteri Ley Lines
Misteri Ley Lines.

Sesetengah orang percaya Ley Line dan titik persilangannya menghasilkan satu gelombang fizik atau kuasa misteri.

Dengan tanggapan karekteristik yang sebegitu, Ley Lines telah diklasifikasikan sebagai 'pseudoscience - dipercayai dari segi saintifik namun tiada pengesahan jelas dari 'scientific methodology' dan bukti yang jelas.

Konsep Ley Lines pertama kali diperkenalkan oleh Alfred Watkins di dalam bukunya, Early British Trackways dan The Old Straight Track.

Dia mencatatkan banyak monumen gereja lama dan landmark adalah bersambung dalam kedudukan sejajar.

Alfred Watkins berpendapat garisan ini mungkin ditanda oleh pedagang purba, dengan membuat jalan dalam garisan sejajar yang mungkin sekarang sudah tidak kelihatan akibat peredaran masa.

Garisan ini dilihat merentasi apa juga rintangan semulajadi seperti bukit dan sungai dan ia tidak sedikitpun terjejas akibat perubahan alam.

Teori ini dikemukakan Alfred setelah dia menjumpai kesan laluan pejalan kaki yang kelihatan seperti bersambung antara satu sama lain dari bukit ke bukit di Blackwardine, pada thun 1921.

Dia kemudiannya mengkaji peta dan ternyata kedudukan laluan tersebut adalah sejajar.

Alfred Watkins kemudian menemui 'The Old Straight Track Club', satu pertubuhan untuk mereka yang berminat dengan kajian Ley Lines.

Pada 1936, seorang penulis, Dion Fortune menerbitkan satu novel yang mana kandungan novel itu turut memetik berkenaan Ley Lines yang dipercayai 'conduit' atau konduktor untuk satu tenaga misteri bumi.

Kemudian, pada tahun 1958, Aime Michel seorang penulis Perancis telah menerbitkan satu buku dimana dia telah menggabungkan konsep Ley Lines dengan 'orthotenies' - satu istilah bagi penampakan UFO di Perancis yang muncul dalam satu garisan sejajar.

Pada pertengahan era 'counterculture' 1960an, kedua kuasa ini dipercayai bergabung dan turut dipercayai penyatuan Ley Lines ini telah membentuk momentum kuasa yang hebat.

Sesetengah orang percaya, Ley Lines merupakan kuasa bumi yang tersembunyi dan tamadun purbakala yang berpengetahuan dengan ilmu ini telah menempatkan dan membina struktur pada tempat yang spesifik, secara tidak langsung berjaya 'berhubung' dengan kuasa ini.

Pengamal kuasa misteri 'dowsing' pula mendakwa mereka mampu mengesan Ley Lines menggunakan 'dowsing rod'.

Pada tahun 1930, dua orang 'Dowser' (panggilan untuk pengamal dowsing), Kapten F.L.M Boothby dan Reginald A. Smith, penjaga barangan antik British dan Roman di British Museum, menjumpai hubungan antara tapak prasejarah seperti contoh kuil prasejarah dan tembikar lama dengan aliran sungai bawah tanah dan arus aliran magnetik yang sejajar.

Ley Lines turut dikaitkan sebagai formasi kuasa 'supernatural' yang digunakan sebagai penghubung dalam upacara tradisi purba.

Ini berikutan penemuan monumen purba Eropah, Stonehenge, kuil purba dan beberapa monumen lain turut ditemui dibina dalam satu garisan sejajar.

Adakah ia satu formasi yang wujud secara kebetulan atau ia memang dirancang?

BACA INI JUGA: Kemalangan Dan Kematian Misteri Yang Membingungkan!

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Saya baru tahu ttg kisah misteri ni.. thanks sharing SP..

    ReplyDelete
  2. Saya pun baru tahu tentang kisah misteri ini.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon