Friday, December 12, 2014

Razif Mohon MAAF Tuduh Lee Chong Wei Guna Bahan Terlarang


Menerusi akhbar tempatan berbahasa Melayu dan Cina, bekas pemain badminton negara, Razif Sidek membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ikon sukan tanahair, Datuk Lee Chong Wei atas tuduhan semberononya kepada bintang itu.

Razif Mohon MAAF

Menerusi kenyataan yang disiarkan pada Khamis, Razif mengakui bahawa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkannya terhadap Chong Wei adalah palsu dan tidak berasas.

Razif Mohon MAAF [2]

Kenyataan permohonan maaf Razif berbunyi:

“Saya secara ikhlas dan dengan sepenuh hati memohon maaf kepada Chong Wei untuk sebarang kerosakan, kesusahan dan rasa malu yang disebabkan oleh kenyataan saya yang telah mempersoalkan integriti dan kejujurannya.

Saya berjanji di sini bahawa saya tidak akan membuat sebarang pernyataan lanjut atau tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat terhadap Chong Wei.”

Pada 11 November lepas, Razif yang pernah memenangi gelaran Juara All England 1982 dalam acara beregu dengan adiknya, Jalani, menuduh Chong Wei (Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!) sudah lama menggunakan bahan terlarang.

Ia berikutan kegagalan Chong Wei dalam dua ujian ‘doping’ menerusi sampel yang diambil ketika Kejohanan Badminton Dunia BWF, Ogos lalu.

Sumber: Mynewshub.cc

10 comments

  1. Baguslah minta maaf... perkara ni tak perlu dipanjangkan. Semoga badminton Malaysia terus maju!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KK, sepatutnya masa yang semakin suntuk ni digunakan untuk mencari pelapis LCW bukannya bertelagah memalukan diri sendiri..

      Delete
  2. Majulah sukan untuk negara..
    buang yang keruh...ambil yg jernih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utamakan sukan pinggirkan kepentingan peribadi kan..

      Delete
  3. Yg lepas xperlu diungkit, masa hadapan yg perlu diberi perhatian.

    ReplyDelete
  4. Kebanyakan masa kerana pulut santan binasa,kerana mulut poket boleh rabak.
    Sebelum poket rabak kerana saman lebih baik mohon maaf.

    ReplyDelete
  5. bergaduh pun xde guna...sekarang nie siapa pelapis nak ganti LCW

    ReplyDelete
  6. As'salam keliru Etuza tak faham..ada niat jahat ke apa..kenapa pemimpin nampak seperti nak jatuhkan anak bimbingan badminton..tak faham lah.mujur minta maaf

    ReplyDelete
  7. dah kecoh Dunia dek lidah tak bertulang..besar kesan ni..apapun ialah dah minta maaf..

    ReplyDelete
  8. Apa akan jadi pada repustasi atlet sukan kita nanti,,, Apabila sudah cemerlang , masakan mahu dibakul sampahkan...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon