Wednesday, December 24, 2014

Pelbagai Perisa Aiskrim Yang Pelik Dan Luarbiasa!


Selalu menikmati aiskrim tapi dah bosan dengan perisa yang biasa? Mungkin anda boleh cuba perisa-perisa aiskrim yang lain sikit daripada kebiasaan ini.

Aiskrim Perisa Cendawan

Aiskrim Perisa Cendawan

Baunya dikatakan seperti sirap mapel.

Aiskrim Bayam

Aiskrim Bayam

Mungkin idea yang bagus untuk kanak-kanak yang tak sukakan sayur-sayuran.

Aiskrim Tomato

Aiskrim Tomato

Dikatakan terdapat pelbagai resepi istimewa untuk membuat aiskrim tomato ini.

Aiskrim Arang

Aiskrim Arang

Aiskrim ini popular di negara Jepun.

Aiskrim Lavender

Aiskrim Lavender

Salah satu perisa aiskrim berdasarkan variasi bunga-bungaan yang paling senang ditemui di negara Perancis ialah lavender.

Aiskrim Belut

Aiskrim Belut

Salah satu keluaran aiskrim dari negara Jepun yang mana para penduduknya memang menggemari hidangan belut.

Aiskrim Lada Sichuan

Aiskrim Lada Sichuan

Untuk menghasilkannya, apa yang diperlukan ialah lada Sichuan, susu penuh krim, gula, krim double, telur kuning yang besar dan sedikit garam.

Aiskrim Jalapeno

Aiskrim Jalapeno

Rasanya dikatakan unik dengan sedikit rasa pedas namun sudah semestinya mempunyai rasa manisnya sebagai hidangan aiskrim.

Aiskrim Octopus

Aiskrim Octopus

Disesetengah negara Asia Timur termasuk Jepun, Korea Utara dan Korea Selatan, aiskrim ini adalah pilihan yang biasa dan popular di sana.

Aiskrim Sardin

Aiskrim Sardin

Tambahan kepada pelbagai lagi perisa aiskrim yang pelik dari Jepun.

Aiskrim Daging Kuda

Aiskrim Daging Kuda

Satu lagi aiskrim yang pelik dari negara Jepun.

Aiskrim Mustard

Aiskrim Mustard

Salah satu ciptaan kreatif chef yang terkenal dengan idea inovasinya iaitu Chef Heston Bluemental. Ia gabungan rasa manis dan masin.

Aiskrim Timun

Aiskrim Timun

Ia adalah kombinasi yang menarik yang mana rasanya bolehlah disamakan dengan rasa tembikai.

Aiskrim Bawang Putih

Aiskrim Bawang Putih

Aiskrim ini termasuk menu yang dihidangkan di Restoran The Stinking Rose dan biasanya boleh dimakan begitu sahaja sebagai aiskrim ataupun digunakan sebagai sos untuk dihidangkan bersama-sama steak.

BACA INI JUGA: Penyakit Parasomnia, Tabiat Pelik Makan Ketika Tidur

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. aiskrim sayuran tu masih boleh terima bila dah masuk sardin, bawang putih bagai entah camne le rasanya ek..

    ReplyDelete
  2. Sp saye nak order aiskrim petai 2,ade tak ?perisa jering kalau ade nak 2

    ReplyDelete
  3. ice cream lavender tu mcm best je.. teringin pulak nak mencuba kalau ada kat sini...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon