Nov 14, 2014

‘Nokia Lumia’ Diubah Kepada ‘Microsoft Lumia’

Info Gadjet. Lanjutan daripada laporan sebelum ini, pihak Microsoft mengesahkan mereka telah melakukan perubahan daripada nama Nokia Lumia ke Microsoft Lumia.

Microsoft Lumia

Perkara ini lanjutan daripada penjenamaan semula web, dan laman sosial mereka, dimana pihak Microsoft turut akan memperkenalkan peranti Microsoft Lumia yang tidak menggunakan nama ‘Nokia’ di hadapan, iaitu Microsoft Lumia 535.

Microsoft mengatakan jualan peranti sedia ada akan diteruskan di bawah nama Nokia Lumia, dan mereka akan meneruskan sokongan jaminan dan kemaskini seperti biasa.

Apa pun, Microsoft turut menekankan jenama Nokia akan terus digunakan untuk peranti asas seperti Nokia 130 dan sebagainya iaitu peranti berasaskan platform Asha dan Series-40.

Lumia 535, Lumia Microsoft Pertama Tanpa Nama Nokia

Lumia 535

Microsoft telah memperkenalkan sebuah telefon pintar baru di bawah keluarga Lumia, iaitu Lumia 535.

Menggunakan Windows Phone 8.1, ini merupakan telefon pintar pertama yang dikeluarkan di bawah jenama Microsoft Lumia, sekaligus tidak lagi menggunakan nama Nokia Lumia.

Lumia 535 ini didatangkan dengan skrin bersaiz 5 inci, kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 5-megapixel, cip empat-teras 1.2Ghz, memori 1GB RAM dan dilengkapi pelbagai ciri khusus Windows Phone termasuk sokongan Microsoft Office.

Ia hadir dengan variasi pilihan dwi-SIM atau satu-SIM, dan turut menyertakan ruangan storan 8GB.

Harganya 110 EURO (RM457) dan dijangka akan mula memasuki pasaran beberapa negara tidak lama lagi.

Facebook “Nokia Malaysia” Ditukar Kepada “Microsoft Lumia Malaysia”

Microsoft Lumia Malaysia Facebook

Microsoft mengumumkan akan melakukan penjenamaan secara berperingkat untuk laman-laman sosial mereka.

Terbaharu, laman sosial Facebook Nokia Malaysia telah ditukar kepada Microsoft Lumia Malaysia.

Selain itu, peranti baru yang akan dikeluarkan selepas ini bakal menggunakan jenama “Microsoft Lumia” dan bukannya Nokia lagi.

Namun walau telah menjual sebahagian hak kepada Microsoft, Nokia masih mempunyai beberapa perkhidmatan lain di bawah mereka, antaranya HERE Maps.

Microsoft Lumia Malaysia Facebook [2]

Menerusi Facebook, Nokia menitipkan pesan kepada pengguna mereka:

“We’re saying goodbye soon to Microsoft Lumia. The Nokia team is excited to share the continuing Nokia story with you soon!” (Nokia ucapkan selamat tinggal kepada Microsoft Lumia. Namun pasukan Nokia tidak sabar untuk menyambung cerita Nokia bersama anda tak lama lagi).

Sumber:
http://lumiaconversations.microsoft.com/2014/10/24/say-hello-microsoft-lumia
https://www.facebook.com/MicrosoftLumiaMalaysia
https://www.facebook.com/nokia

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

aik dah tukar ka keli ngn MS ka

tak pernah guna nokia lumia nih. ^_^

Tak bagus pun lumia ni sebenarnya. Dia guna perisian sendiri dan menolak android kecuali untuk model tertentu..

Tak pernah guna microsoft kat hp lagi.. mcm tak user friendly je.. tak taulah..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon