Friday, November 21, 2014

Fatwa Haram Lafaz ‘Al Madad Ya Rasullullah’


Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa sebarang bentuk qasidah, doa mahupun nasyid yang melafazkan perkataan ‘al-madad Ya Rasulullah’ yang membawa pengertian ‘mohon bantuan Ya Rasulullah’, adalah haram.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, kajian dari jabatan mufti mendapati tidak ada makna lain yang membawa maksud selain dari memohon bantuan dari Nabi Muhammad S.A.W.

Ujarnya, ia merupakan salah satu bentuk doa (al-Istighathah) yang tidak dibenarkan dalam Islam, malah nas yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran melarang umatnya meminta bantuan dari individu yang telah meninggal dunia, termasuk baginda Rasulullah.

“Jabatan mempunyai penjelasan dalam bentuk risalah hampir 50 muka surat, antaranya menggariskan sebarang bentuk qasidah termasuk yang melaungkan ungkapan-ungkapan membawa syirik tidak boleh dilaksanakan di Perlis.

Ini kerana kami mengesan ada pihak-pihak tertentu yang cuba membawa masuk qasidah dan doa sedemikian yang harus dielakkan.”

Beliau juga menyeru agar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melakukan penyelidikan terhadap ungkapan tersebut bagi mengelakkan umat Islam tertipu, lantas tidak sedar mereka telah melakukan perbuatan syirik.

Haram mengenakan lilitan hitam ditangan

Haram mengenakan lilitan hitam ditangan
Gambar hiasan.

Bukan itu sahaja, jawatankuasa negeri itu juga meminta supaya anggota beruniform agar tidak mengenakan lilitan hitam atau apa-apa warna pada lengan kerana ia bercanggah dengan Islam.

Menurut Dr Juanda, perbuatan yang sering dilakukan ketika kematian itu jelasnya merupakan salah satu budaya dari orang bukan Islam.

“Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu.

Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain,” ujarnya.

Beliau menggesa agar langkah drastik diambil pihak bertanggungjawab kerana ia dilihat sering diaplikasikan anggota uniform dan ahli sukan semasa berkabung, kecuali kepada ahli keluarga dan isteri dalam tempoh tertentu.

Sumber asal:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/haram-pakai-lilitan-di-lengan-baju-1.335315

4 comments

  1. terima kasih atas info yg dikongsikan..semoga memberi manfaat buat semua umat islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar tanggungjawab untuk berkongsi ilmu..:)

      Delete
  2. Tahniah atas info yang dipaparkan, semoga Allah memberkati tuan

    ReplyDelete
  3. Info yg mmg bermanfaat.. T kasih SP.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon