Thursday, September 18, 2014

Pemuda Cacah Tatu Kalimah Allah Pada Badan!


Sepatutnya semua orang maklum, isu agama terlalu sensitif maka jika mahu berbuat sesuatu yang menyentuh agama orang lain fikirlah semasak-masaknya.

Tatu Kalimah Allah

Kalau atas tiket mempunyai hak kebebasan terhadap tubuh badannya maka manusia boleh buat apa sahaja, maka makin ramailah yang tak faham cara nak hormat orang lain di dunia ini.

Gambar pemuda yang tersenyum kambing sambil menunjukkan tatu pada dirinya tertulis kalimah Bismillah, Allah dan lain-lain di dahi, leher dan tangan kini berlegar di laman sosial.

Itulah sebab mengapa pemuda yang memilih kalimah suci umat Islam untuk dicacah pada tubuh badannya ini boleh mencetuskan perasaan marah padanya.

Sesetengah agama mungkin tak kisah simbol agama mereka diletakkan di mana sekali pun namun Islam bersandarkan kesucian dan akhlak.

Tentu kalimah ALLAH akan diusung ke mana-mana dalam keadaan tak suci dan memasuki kawasan kotor sewenangnya.

Bayangkan tingginya kemuliaan kalimah al-Quran hingga penganut Islam mesti berada dalam keadaan suci untuk memegangnya, inikan pula kalau dah dicacah serata badan begini.

Tatu Kalimah Allah [2]
Tatu Kalimah Allah [3]

Bukan bermakna perlu ada keganasan tetapi perbuatan melampau pemuda ini jika dilakukan secara jahil harus disedarkan dan dibaiki.

Islam, bukan agama yang boleh dibuat main-main. Apakah perlu kompromi apabila ada manusia jahil memperolok-olokkan agama seperti ini?

Sumber: Mynewshub.cc (link)

10 comments

  1. ish..ish..
    isu yang agak sensetif...
    tambah2 kalau mlibatkan agama islam..

    ReplyDelete
  2. Astagfirullah... bengang pulak tengok mamat ni. Semoga Allah bukakan hatinya nanti... aamiin

    ReplyDelete
  3. tengokkan jelaa... salah satunya sebab perkara ni berlaku adalah untuk menaikkan kemarahan umat islam, itu je :)

    ReplyDelete
  4. Saja utk mengundang kemarahan umat Islam nih!

    ReplyDelete
  5. Tak patut buat macam ni. Nanti nak pergi buang air macam mana kan. Harap-harap dia dapat padam balik. Kena usahalah macam mana sekali pun.

    ReplyDelete
  6. Budak ni masuk todi ke apa

    ReplyDelete
  7. org islam ke dia ni..

    ReplyDelete
  8. ASSALAMULAIKUM..... USTAZ SAYA MD SAID DARI KLANG INGIN MENGETAHIU SESUATU....MENGENAI KALIMAH ALLAH....JIKA KALIMAH TU WUJUD DENGAN SENDIRI DI BAHAGIAN BADAN TANPA MEMINTA .......MISALNYA KALIMAH BISMILLAH .......ADA IA AJARAN SESAT.......TOLONG JELAS.....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon