Saturday, August 30, 2014

Pekan Dipenuhi Wanita Rayu Kunjungan Lelaki Bujang!


Pekan Noiva do Cordeiro di Brazil yang hanya didiami oleh kaum wanita kini merayu mana-mana lelaki bujang untuk mengunjungi pekan itu bagi menghilangkan kesunyian terutama golongan wanita yang masih bujang, lapor Metro.co.uk.

Noiva do Cordeiro

Pekan yang terletak di tenggara Brazil ini didiami kira-kira 600 penduduk wanita dan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita cantik yang masih muda.

Suami kepada wanita di pekan itu hanya boleh mengunjungi mereka pada setiap hujung minggu dan anak lelaki yang sudah berusia 18 tahun pula akan dihantar ke tempat lain.

Keadaan tersebut menyebabkan ramai wanita yang masih muda dan belum berkahwin sukar mencari jodoh sehingga menyebabkan mereka berasa tertekan.

Seorang penduduk, Nelma Fernandes, 23, berkata, dia berasa tertekan kerana sudah bertahun-tahun tidak bermesra dengan lelaki.

“Kami juga mengimpikan untuk jatuh cinta dan berkahwin tetapi tidak mahu meninggalkan bandar ini untuk mencari lelaki,” katanya.–Agensi

BACA INI JUGA: Gadis Asia Terbaik Di Dunia!

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Huhuu...mesti kena serbu kalau laki-laki singgah ni. Bahaya jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lelaki bujang dan tak bujang, boleh la mencuba nasib, siapa tau dapat kahwin dengan 'orang putih'..hehe

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon