Saturday, March 15, 2014

MH370: Misteri Satelit Amerika GAGAL Kesan Pesawat!


Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika.

MH370

Segala penciptaan baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata pembunuh terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika.

Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika telah menjadi ‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman ini.

Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat.

Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja. Penguasaan Amerika ke atas dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan generasi.

Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Mereka belajar dari setiap kesilapan dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau menghadapi akibatnya.

Hanya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil. Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa tiada apa yang mustahil.

Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan kenapa pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui tetapi satu petunjuk pun tidak ada.

Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika. Ia merupakan antara pesawat paling canggih dan paling selamat di dunia.

Maka, jika ada yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’, ia pastilah pihak Amerika juga. Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi spekulasi.

Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam mengesan pesawat tersebut.

Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi mahupun letupan di udara.

Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat.

Satelit dengan teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK.

Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370.

Tidak cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini.

Pendek kata, habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan dalam usaha mencari pesawat malang ini.

Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di daratan telah diterokai. Namun, ia masih lagi tidak ditemui.

Satu-satunya satellit yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki sebagai pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China.

Malangnya, objek yang dikesan di Laut China Selatan itu, bagaimanapun, disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari.

Yang menjadi persoalan ialah kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek tersebut terlebih dahulu dari China?

Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka?

Atau apakah ini satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas sesuatu isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji kekuatan lawan mereka di rantau ini, iaitu China?

Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian.

Mungkinkah kegagalan menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa jua ‘operasi sulit’ mereka selesai?

Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja.

Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan dan juga keselamatan.

Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-gemburkan.

Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai lemah dan tidak berdaya.

Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar.

Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara ini sedikit masa lagi.

Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu diambilkira oleh kepimpinan ialah: Apakah berbaloi kita memberi sepenuh ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370?

Pentagon Rasa Transponder Sengaja Dimatikan?

Pentagon

ABC News semalam melaporan pihak Pentagon percaya tindakan menutup dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang berlaku berasingan, memberi petunjuk ia dilakukan dengan sengaja.

Laporan agensi media itu juga memaklumkan dia pegawai Amerika Syarikat berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada pukul 1.07 pagi sementara alat transponder dipadamkan pada pukul 1.21 pagi Sabtu lepas.

Ia berlaku ketika pesawat yang diketahui membawa 239 orang penumpang itu hilang dari liputan radar.

“Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan,” kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan oleh ABC.

Transponder adalah alat pada radar atau satelit yang menerima isyarat dan memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza, ini merupa­kan peralatan satelit untuk menerima isyarat dari sesebuah stesen lain ke bumi.

Menurut laporan itu, pasukan AS yakin wujudnya campur tangan secara manual, dan ia nampaknya bukan kemalangan atau kerosakan, yang menyebabkan pesawat itu hilang dari langit.

Terdahulu, dilaporkan bahawa satelit mengesan denyut elektronik yang lemah dari pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu selepas ia hilang pada Sabtu, tetapi isyarat itu tidak memberikan sebarang maklumat di mana arah pesawat tersasar itu.

Amerika Syarikat, yang turut menyertai operasi mencari pesawat hilang itu berkata, kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi, selaras dengan teori menyatakan kapal terbang itu mungkin beralih laluan ke barat selepas sejam berlepas dari Kuala Lumpur.

Bagaimana Transponder MH370 Hilang Hubungan Dengan Radar Bumi?

Transponder

Transponder adalah alat pada radar atau satelit yang menerima isyarat dan memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza. Alat ini memberitahu posisi dan lokasi kapal terbang kepada radar di daratan.

Ia juga boleh digunakan oleh kapten untuk menghantar kod kecemasan andai berlaku rampasan atau apa-apa kejadian lain.

Bagimana Transponder Sebuah Pesawat Mungkin Terpadam?
  1. Berlaku kecelekaan di udara seperti pertembungan atau letupan yang memusnahkan kapal tersebut.
  2. Kegagalan elektrikal sepenuhnya dalam kapal.
  3. Kegagalan peralatan (equipment malfuntion).
  4. Juruterbang atau sesiapa yang lain sengaja mematikan suiz transponder atau meletekannnya dalam mode siap sedia menjadikan kapal itu tidak lagi berkomunikasi dengan radar di daratan.

BACA INI JUGA: Bukti Billionaire Zionis Dalang MH370?

Sumber: Mynewshub/Sentiasapanas

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon