Thursday, March 13, 2014

MH370: Kod Tango, MAS Sahkan Berlaku Sabotaj!?


Syarikat penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango berhubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar pemantau.

MH370 Tango Code

Menurut sumber, kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat.

“Syarikat itu memaklumkan kepada petugas di bilik operasinya bahawa kehilangan pesawat MH370 diklasifikasikan dengan kod tango,” kata sumber tersebut.

Setiap syarikat penerbangan difahamkan mempunyai kod berkenaan bagi mengenal pasti ancaman terhadap penerbangan mereka yang difahami oleh semua petugas di seluruh dunia.

Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada perbuatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.

Seorang pegawai perhubungan media MAS, ketika dihubungi semalam, mengakui pihaknya mengisytiharkan kod itu dalam kes kehilangan MH370, tetapi menafikan ia merujuk pada rampasan pesawat.

"Ya kami telah mengisytiharkan kod tango tetapi ia bukan bermaksud rampasan (pesawat). Itu mesej untuk kami meningkatkan lagi tahap keselamatan,” kata pegawai berkenaan. –Sinar Harian Online

Panas! Data Enjin Pesawat MH370 Masih Hidup 4 Jam Selepas Hilang!

Pesawat MH370 Dirampas

Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat MH370 masih berada di udara selama hampir 4 jam selepas ia kali terakhir dapat dikesan melalui radar awam.

Pendedahan itu disiarkan The Wall Street Journal Asia (WSJ) sebentar tadi dengan memetik sumber dua individu yang mempunyai maklumat berkaitan.

Maklumat terbaru itu mewujudkan kemungkinan kapal tersebut telah diterbangkan ratusan batu lagi dalam keadaan yang agak samar.

Penyiasat udara dan pasukan keselamatan kebangsaan (AS) percaya kapal itu telah diterbangkan tambahan 5 jam lagi berdasarkan data yang dimuat turun dan dihantar ke daratan secara otomatik dari enjin kapal Boeing berkenaan bagi tujuan penyelengaraan dan pemantauan.

Kenyataan pakar AS yang terbaru itu konsisten dengan kenyataan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) semalam bahawa usaha mencari pesawat MAS itu diperluaskan ke Lautan Andaman, iaitu ratusan kilometer menghala barat laut dari tempat asal pencarian.

Bukti memperlihatkan DCA juga beranggapan bahawa kapal itu mungkin dilarikan.

Tambah laporan WSJ, pejabat anti keganasan AS kini melihat kepada kemungkinan sama ada juruterbang atau sesiapa yang lain dalam penerbangan itu melencongkan kapal berkenaan menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan selepas dengan sengaja mematikan alat transponder bagi mengelak dari dikesan radar. -Mynewshub

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon