Monday, October 28, 2013

"UMNO Punca Maksiat Dunia Hiburan"


Siapa tak kenal pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang kini semakin lantang bersuara mewakili parti PAS.

Abby Abadi

Pendek kata, kalau bercakap kadang-kadang main sebat saja!

Terbaru, melalui ceramahnya di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah, Abby dengan yakinnya menyalahkan UMNO kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan, memetik laporan mStar.

“Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.

“Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa,” katanya.

Tambah Abby lagi, dia tidak pernah mengundi sebelum PRU-13, jadi dia tidak merasa berdosa kerana tidak mengundi UMNO.

Aduhai, Abby! Kalau hendak berpolitik sekalipun, fikirklah hati rakan-rakan selebriti anda. Bukan semuanya hanyut dalam arus kemaksiatan seperti yang didakwa.

Rasanya, sudah ramai artis yang berhijrah ke arah yang lebih baik dan mereka tidak langsung mengaitkannya dengan mana-mana parti politik.

Kalau hendak berubah, segalanya terpulang pada hati. Betul tak?

Tahulah Abby dapat banyak setiap kali ceramah PAS…tapi tak perlu la beriya-iya hina orang lain…. kecewa Abby dengan bekas suami yang merupakan orang kuat UMNO tak habis lagi ke?

Biarlah dia Abby… dia dah dapat isteri yang lebih baik… isteri yang tak bela anak ikan dan bercuti sama-sama dengan anak ikan kat luar negara…

Lagipun bapak Abby pun penyokong kuat UMNO… adakah ini bermakna Abby pun lahir dari dunia maksiat?

[Sumber]

2 comments

  1. Sampai mcm tu sekali? Satu jari menuding salah orang lain, jari yg lain menuding kediri sendiri. Tak perlulah sibok dosa org, dosa diri sendiri menyakitkan hati teman, saudara mara pun entah terampun atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Itulah namanya politik, segala-galanya dipolitikkan..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon