Monday, August 12, 2013

DiGi 4G LTE Untuk Melayari Internet! Apa Sebenarnya Kelebihan 4G?


Selepas Maxis dan Celcom melancarkan servis 4G LTE, Kini DiGi tampil selaku syarikat telekomunikasi ketiga di Malaysia yang menawarkan servis LTE. Dengan servis LTE ini pengguna DiGi dapat melayari internet dengan kelajuan 10 kali lebih pantas daripada biasa.


Buat masa ini, LTE daripada DiGi hanya boleh digunakan untuk melayari internet dan tidak menyokong pengguna telefon pintar.

Berikut adalah pelan jalur lebar/Broadband dan Tablet yang ditawarkan DiGi.


Segala harga diatas adalah untuk langganan baru manakala pengguna DiGi yang sedia ada akan menerima diskaun RM 10 daripada bil bulanan. Bagi pengguna yang melanggan DiGi Broadband dan Tablet dengan data internet 6GB, Servis 4G LTE diaktifkan secara automatik dengan syarat anda mempunyai Sim DiGiNet+

Bagi Pengguna DiGi yang lain, Servis 4G LTE boleh diaktifkan dengan melanggan ‘ 4G LTE On-Demand’ dengan kadar RM 8 satu hari atau pun RM 30 sebulan yang mana kedua-dua nya datang dengan kuota internet 1GB.

Apa yang pelik disini ialah, DiGi tidak menawarkan modem 4G dan anda harus membelinya sendiri. Untuk maklumat mengenai peranti LTE yang boleh digunakan didalam rangkaian DiGi.

Servis 4G LTE DiGi menawarkan kelajuan muat turun sehingga 30Mbp manakala kelajuan muat naik ialah pada 15Mbp dan menyokong peranti yang datang dengan frekuensi 1800MHz (Band 3) dan 2600MHz (Band 7).

Servis 4G LTE DiGi ini sudah meliputi Bandar-bandar utama disekitar lembah Klang,Untuk melihat liputan rangkaian 4G LTE dikawasan anda sila lihat menggunakan DiGi Coverage map.

Apakah Itu 4G?


4G..4G..4G.. Salah satu terma yang semakin kerap kita dengar akhir-akhir ini, apatah lagi dengan beberapa syarikat tempatan yang turut menjenamakan perkhidmatan mereka dengan menggunakan nama tersebut, seperti P1 4G dan juga Yes 4G. Tetapi, apakah sebenarnya 4G?

4G – secara asasnya merupakan singkatan bagi “4th Generation” ataupun “Generasi Ke-empat”, yang mana memperlihatkan kepada evolusi ke generasi ke-empat dalam komunikasi mudah-alih.

Daripada apa yang terdapat pada hari ini, ia diperkatakan ramai, teknologi masih tidak dapat mengecapinya, membuatkan ramai menggunakan terma LTE (Long Term Evolution), yang mana menandakan LTE sebagai permulaan pertama, dan bakal berevolusi kepada 4G dalam suatu tempoh masa.

Dari tetapan standard kelajuan oleh International Telecommunication Union, ia menetapkan 4G dengan kebolehan mencapai tahap penghantaran dan penerimaan data pada kadar kelajuan 100 megabit sesaat (untuk yang bergerak) dan 1 gigabit sesaat (untuk yang tidak bergerak), dan turut dipanggil sebagai akses mobile ultra-broadband.

Dengan kadar kelajuan yang diperkatakan ini, ia semestinya berkali ganda lebih pantas berbanding teknologi rangkaian 3G yang digunakan pada hari ini.

Kebanyakkan pengeluar peranti pada hari ini telah pun mula mengeluarkan telefon pintar, modem dan sebagainya dengan variasi sokongan LTE, membolehkan para pengguna menikmati kelajuan internet tinggi pada peranti mudah-alih mereka.

Buat masa ini, salah satu perkara yang menjadi kekurangan pada rangkaian serba baru ini adalah harga untuknya, dimana pada peringkat awal ini, ia akan berharga lebih tinggi, sekaligus menjadikan pakej yang ditawarkan berharga lebih tinggi ataupun dikenakan dengan kuota penggunaan yang amat rendah.

Dan seperti biasa, semestinya pengenalan rangkaian ini akan mengambil suatu masa yang lama sebelum diperluaskan ke seluruh dunia.

Di Malaysia sendiri, kebanyakkan syarikat telekomunikasi telah memulakan langkah awal dengan memulakan penaik-tarafan kepada LTE secara berperingkat di seluruh negara.

Dan dari segi kelajuan sambungan internet secara mudah-alih, ia masih diterajui oleh Yes, namun ia berharga tinggi (9sen untuk 3MB) selain hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja buat masa ini.

BACA INI JUGA: Digi Tawar Internet ‘Unlimited’ Serendah RM1 Sehari

Sumber: amanz

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon