Saturday, July 13, 2013

Justin Bieber Minta Maaf Caci Gambar Bill Clinton


Justin Bieber telah meminta maaf kepada Bill Clinton kerana mencaci bekas Presiden Amerika Syarikat itu dan menyembur gambarnya dengan cecair pembersih di dapur sebuah restoran di bandar raya New York, awal tahun ini.


Pejabat Clinton pada Khamis memberitahu, penyanyi terkenal itu menelefon dan "beliau meminta maaf dan telah menawarkan untuk membantu Yayasan Clinton."

Pejabat Clinton bagaimanapun enggan menyatakan keterangan terperinci permohonan maaf Bieber itu.

Satu video yang disiarkan oleh TMZ.com menunjukkan Bieber, 19, membuang air kecil di dalam baldi pengelap dan melalui dapur restoran itu.

Sebelum keluar, Bieber menyembur gambar Clinton dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap bekas presiden itu.

Bieber dalam Tweeternya, yang mempunyai 41 juta pengikut, pada Rabu malam telah mengucapkan terima kasih kepada Clinton "kerana meluangkan masa untuk bercakap." -AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon