Wednesday, June 19, 2013

Misteri Kematian Yuri Gagarin Akhirnya Terjawab


Kematian individu pertama mengorbit bumi pada 1961 Yuri Gagarin terjawab selepas rakanya Aleksey Leonov membuat pendedahan di media baru-baru ini.

Yuri Gagarin
Yuri Gagarin

Selepas tujuh tahun angkasawan Rusia itu melakar sejarah, media melaporkan beliau terbunuh ketika kemalangan semasa latihan penerbangan namun, pihak berkuasa ketika itu tidak mendedahkan punca bagaimana beliau meninggal dunia.

Pelbagai teori konspirasi tercetus sejak kematian beliau. Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.

Tetapi selepas 40 tahun menyimpan rahsia, Leonov akhirnya mendedahkan punca sebenar kematian Gagarin yang merupakan rakan karibnya.

Yuri Gagarin
Kapsul Gagarin ketika berada di angkasa pada 1961.

Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15 (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juruterbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.

“Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter.

Pesawat itu berada pada jarak 15 meter dan akhirnya berlanggar dengan pesawat Gagarin pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam,” katanya dipetik MailOnline

Aleksey Leonov
Aleksey Leonov

Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.

Leonov merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.

BACA INI JUGA: Kisah Sedih Angkasawan Pertama Yang Terkorban Dalam Misi Ke Bulan

Sumber: SH

1 comment

  1. Akhirnya terjawap jua..
    Mungkin ada betulnya teori2 sebelum ini..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon