Thursday, April 25, 2013

Justin Bieber Tak Peduli Datuk Hidup Merempat


Datuk kepada bintang pop remaja, Justin Bieber membidas cucunya itu kerana tidak pernah menghulurkan wang kepadanya, lapor portal hiburan Entertainmentwise semalam.


Lelaki itu, George Bieber dikatakan menetap bersama isterinya, Kathy di sebuah kabin usang yang mempunyai dua bilik tidur di Mitchell, Kanada.

George berkata, penyanyi lagu Boyfriend itu menyedari tentang keuzurannya tetapi dia tidak menghulurkan pertolongan.

"Kekayaan Bieber mungkin bernilai £70 juta (RM325.2 juta) tetapi kami tidak pernah menikmati wangnya," dedah George seperti dipetik akhbar The Sun.

Menurut lelaki berusia 61 tahun itu, satu-satunya hadiah yang diterima daripada Bieber, 19, ialah sebuah televisyen.

Sementara itu, jurucakap Bieber enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan George.

Namun, satu sumber yang rapat dengan Bieber memberitahu akhbar dalam talian MailOnline dakwaan tersebut tidak benar dan berniat jahat.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon