Thursday, April 04, 2013

Indon Bermaksud 'Budak' Atau 'Pelacur' Dalam Bahasa Arab!


Pihak berkuasa imigresen Kalimantan melarang orang ramai menyebut 'Indon' bagi mengelar warga Indonesia di Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan, Indonesia.

Gambar hiasan

Dipetik Jakarta Post, ketua pegawainya, Hasan Basri berkata, perkataan 'Indon' membawa maksud 'budak' atau 'pelacur' dalam bahasa Arab.

(Baca: Kenapa Rakyat Indonesia Marah Di Panggil INDON?)

“Masyarakat negara jiran selalu menyebut Tenaga Kerja Indonesia (TKI) kita dengan sebutan 'Indon', panggilan ini sungguh kasar dan memperlekehkan bangsa Indonesia,” katanya.

Menurutnya, tidak susah untuk menyebut 'Indonesia' bagi negara serumpun.

Kini, pelabuhan yang menjadi depoh keluar dan masuk warga Indonesia tertera kenyataan, “Dilarang Menyebut Kata-kata (Indon), dan sebenarnya ialah (Indonesia).

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon