Friday, March 29, 2013

Justin Bieber Didakwa Serang Jiran Marah Ditegur


Penyanyi terkenal, Justin Bieber berlepas pulang dari Eropah ke kediamannya di sini kelmarin sebelum dia terlibat dalam pertengkaran dengan salah seorang jirannya.


Ia merupakan salah satu insiden terbaharu yang pelik berlaku dalam kehidupan penyanyi itu.

Jurucakap syerif di daerah Los Angeles, Steve Whitmore berkata, beberapa anggota pihak berkuasa telah dipanggil ke rumah Bieber yang berusia 19 tahun itu di Calabasas, California pada waktu pagi selepas seorang jirannya mendakwa dia diancam dan diserang oleh penyanyi berkenaan.

Menurutnya, satu laporan polis yang mendakwa Bieber melakukan ancaman dan serangan itu telah difailkan dan kini sedang disiasat.

Berdasarkan undang-undang negeri California, serangan itu dikategorikan sebagai melakukan sentuhan dan meludah.

Dakwaan tersebut dikemukakan selepas penyanyi lagu Boyfriend itu berlepas pulang dari Poland.

Bieber mengejutkan sekumpulan jurugambar dan pegawai di Lapangan Terbang Lodz Wladyslaw Reymont di Lodz, Poland dengan menanggalkan baju dalam cuaca yang sejuk semasa dia berjalan melalui pemeriksaan kesihatan untuk menuju ke jet peribadinya.

Sebelum ini dia lewat tiba untuk membuat persembahan di London dan memakai topeng gas semasa keluar pada waktu malam.

Satu sumber yang rapat dengan Bieber menyatakan, pertengkaran tersebut berlaku selepas jirannya itu datang untuk mengadu bunyi bising ekoran parti yang berlangsung di rumah penyanyi tersebut.

Menurut sumber, berlaku pertikaman lidah tetapi tiada sentuhan fizikal berlaku, kata sumber berkenaan.

Portal hiburan TMZ.com melaporkan, perbalahan itu berlaku ekoran Bieber melakukan provokasi kerana dia memandu kereta baharu Ferrari di jalan raya dengan laju pada waktu awal pagi Selasa lalu.

Bagaimanapun, sumber-sumber penyanyi itu menafikan dakwaan tersebut.

Setakat ini tiada tangkapan yang dibuat pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon