Sunday, March 03, 2013

Henti Siar Gambar Kononnya Polis Kita Di Pancung


Untuk pengetahuan semua, berita bahawa anggota keselamatan kita mati dipancung adalah berita palsu dan sangat tidak wajar untuk disebar. Sebilangan blogger telah melaporkan berita yang sangat tidak beretika ini.

Kononnya..
Terkini, seorang unit keamanan Malaysia dipenggal kepala oleh penganas Sulu. Menurut sumber yang berada di Bandar Semporna, seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu.

Gambar dibawah ini sebenarnya adalah mayat askar yang dipancung di Selatan Thailand yang bergolak suatu ketika dahulu.


Marilah kita melaporkan berita dengan cara yang beretika tanpa merisaukan anggota keluarga perajurit yang sedang bertugas di Sabah.

Hargailah mereka dan hargailah diri kita sendiri.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon