Ahad, Februari 24, 2013

Tukang Kasut Derma RM621,000 Kepada Hospital!


Loading...

Seorang tukang kasut mengumpul hasil bayaran sebagai pengilat kasut selama 30 tahun untuk didermakan ke hospital pediatrik di Pittsburgh, Amerika Syarikat.


Albert Lexie berkata, sepanjang tempoh itu, beliau mengumpul AS$200,00 (RM621 000) sejak 1980-an dan mengenakan upah AS$1 (RM3) kepada pelanggan di hospital berkenaan.

“Kebanyakan pelanggan memberi bayaran lebih termasuk seorang doktor yang memberikan AS$50 (RM150) kepada saya ketika Krismas tahun lalu," katanya.


Dr Joseph Carcillo berkata, Lexie menderma lebih daripada satu pertiga gaji seumur hidupnya kepada Kumpulan Wang Hospital Penjagaan Percuma Kanak-kanak, bagi membantu ibu bapa yang tidak mampu untuk membayar kos perubatan anak mereka.

-AP

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon