Sunday, February 24, 2013

Lindsay Lohan Gagal Saman Penyanyi Yang Menghinanya


Aktress Lindsay Lohan dilaporkan tewas dalam kes saman terhadap penyanyi rap dan penulis lagu, Pitbull kerana menggunakan namanya tanpa kebenaran dalam lagu berjudul Give Me Everything menampilkan Ne-Yo dan Afro Jack pada 2011.


Dalam lirik lagu yang berbunyi, “Saya sembunyikannya bersama Lindsay Lohan (dalam jel)”, aktres itu mendakwa Pitbull tidak mempunyai hak untuk menggunakan namanya tanpa kebenaran sehingga memaksa dia mengambil tindakan undang-undang.

Menurut laporan, Lohan mendakwa lirik lagu itu adalah satu kenyataan berbaur fitnah, mempersendakan dan merendah-rendahkan dirinya.

Lohan juga mendakwa lagu tersebut mencabuli hak privasinya dan menggunakan namanya atas tujuan komersial tanpa kebenaran.

Pitbull

Dalam dakwaannya, bintang bermasalah itu mendakwa lagu itu menyebabkan gangguan emosi yang teruk kepadanya.

Bagaimanapun, setelah meneliti kes berkenaan hakim Mahkamah Daerah New York, Denis R. Hurley pada Khamis lalu menetapkan Pitbull atau nama sebenarnya Armando Cristian PĂ©rez, 32, tidak bersalah atas dakwaan terbabit.

Laman web tmz.com melaporkan, hakim mendapati sesebuah lagu adalah hasil seni yang dilindungi di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon