Wednesday, January 16, 2013

Pengetua Ditangkap Murid 7 Tahun Dinodai Dalam Tandas


Seorang murid tujuh tahun dirogol di sebuah tandas sekolah di Goa, menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran dan penangkapan pengetuanya.

Gambar hiasan

Kejadian yang dilapor berlaku di bandar raya Vasco Da Gama kelmarin turut menyebabkan gerakan besar-besaran dilancarkan untuk mengesan suspek yang dipercayai berusia awal 20-an.

“Murid itu dirogol dalam tandas sekolah ketika waktu rehat,” kata anggota polis yang enggan namanya disiarkan.

Menurutnya, tandas itu terletak bersebelahan dengan pejabat pengetua Sekolah Menengah Deepvihar yang turut mempunyai bahagian sekolah rendah.

Ribuan penduduk mengepung sekolah berkenaan malam kelmarin, mendesak penangkapan pengetua terbabit dan suspek. Pengetua itu, yang namanya tidak didedahkan bagi melindungi identiti murid berkenaan, ditahan atas dakwaan cuai ketika menjalankan tugas. Penangkapan itu dilakukan selepas kejadian rogol beramai-ramai terhadap seorang pelajar dalam sebuah bas di New Delhi Disember lalu. Kejadian itu mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh India kerana membantah kes serangan seks yang semakin menjadi-jadi.

Lima lelaki dan seorang remaja dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol dan membunuh pelajar berusia 23 tahun itu yang mati 13 hari kemudian di sebuah hospital di Singapura.

Di Goa juga, seorang polis ditangkap semalam atas tuduhan memeras wang daripada pelacur sebagai ganti untuk melindungi mereka.

-AFP

1 comment

  1. eee...teruknya pengetua ni, org hantar anak2 kerna percayakannya..itu pulak yg dia lakukan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon