Wednesday, January 16, 2013

Lelaki Tidak Berkhatan Punca Kanser Serviks Kepada Wanita


Lelaki bukan Islam digalakkan untuk berkhatan bagi mengelakkan risiko pasangan mereka dijangkiti kanser serviks. Amalan itu terbukti berkesan melalui satu kajian terhadap lelaki Yahudi yang berkhatan.

Bersunat

Kajian tersebut mendapati pasangan lelaki Yahudi tidak dijangkiti kanser berkenaan. Selain aktiviti sosial, faktor lain yang menyumbang terhadap kanser tersebut ialah merokok dan jangkitan virus Human Papilloma (HPV).

Bagi mengelakkannya, pelalian HPV boleh dilakukan kepada lelaki terutama bagi yang terdedah dengan aktiviti seks seawal 15 tahun.

Bagaimanapun, mereka disaran untuk berkhatan bukan sahaja mengelakkan jangkitan kanser serviks malah mengekalkan faktor kesihatan yang lain.

Kajian juga menunjukkan remaja berusia 10 hingga 15 tahun kurang terdedah kepada ancaman penyakit itu selain berada pada tahap imunisasi yang tinggi.

Pada usia tersebut remaja perempuan masih lagi dianggap belum terdedah dengan hubungan seksual dan risiko jangkitan HPV.

Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins juga membuat kajian dan mendapati pasangan lelaki berkhatan mempunyai kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah daripada biasa.

Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet, seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Maria Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.

BACA INI JUGA: Penyakit Berbahaya Yang Mampu Di Sembuhkan Dengan Berjalan Kaki

Sumber: hmetro.com.my

3 comments

  1. Assalammualaikum... SP,

    bagus perkongsian nie... tambah ilmu mselim3 . Ada perkara yang tak tahu gak...

    mselim3

    ReplyDelete
  2. Segala apa yg Allah suruh buat itulah paling banyak hikmah kan? :)

    ReplyDelete
  3. Teringat kes masa g melawat pak sedara tahun lepas, budak cina 9tahun terpaksa dikahatan atas sebab perubatan.....'

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon