Wednesday, December 19, 2012

Wanita Nafi Buat Hubungan Intim Dengan Tengkorak


Info Pelik. Seorang wanita berusia 37 tahun, telah didakwa di mahkamah selepas didapati menyimpan lebih 100 bahagian rangka manusia, untuk tujuan melakukan hubungan seks dengan rangka berkenaan.


Wanita itu, bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan dan mendakwa dia menyimpan rangka berkenaan kerana berminat dengan perubatan forensik.

Nasibnya akan ditentukan oleh mahkamah, hari ini.

“Saya tahu ia merupakan sesuatu yang pelik, namun tulang merupakan hobi saya.

“Saya teruja dengan rangka manusia dan dan juga menyimpan gambar orang yang telah meninggal dunia. Itu saya tidak nafikan,’’ katanya.

Dia yang juga penagih dadah dan kaki mabuk itu mendakwa memerlukan rangka berkenaan untuk tujuan kajian.

Selain itu, dia juga mendakwa menjalankan analisis bagaimana orang meninggal dunia.

Wanita itu ditahan pada bulan September lalu selepas laporan polis dibuat susulan bunyi tembakan yang kedengaran di flatnya.

Polis yang bergegas ke sana bagaimanapun terkejut apabila menemui rangka manusia di rumahnya.

Dia kemudiannya menjadi terkenal selepas berita mengenai hobi pelik itu disiarkan di muka depan akhbar tempatan.

Berikutan itu, polis telah mendakwanya kerana mencabul keharmonian orang yang telah meninggal dunia dan didakwa menggunakan rangka berkenaan termasuk enam tengkorak untuk tujuan seks.-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon