Monday, December 17, 2012

Unik! Motosikal Yang Boleh Terbang


Info Unik Dunia. Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas bukan lagi halangan untuk Larry Neal dan masalah itu tinggal kenangan sejak dia menggunakan kenderaan roda tiga bermotor


Menurut Neal, kenderaan unik itu membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa berdepan kesesakan.

Apa yang perlu, katanya, cuma hidupkan enjin dan terbang ke destinasi pilihan.

Digelar Super Sky Cycle, kenderaan Neal dilengkapi enjin 582 kuasa kuda dan tiga kipas sepanjang 173 sentimeter setiap satu.

Dengan kemudahan itu, Neal boleh terbang setinggi enam meter pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam.

Apabila di atas jalan raya, kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam.

Kenderaan berharga USD$46,000 (RM226,000) itu boleh terbang sehingga lima jam sebelum perlu diisi minyak semula.

Pengendalinya pula mesti memiliki lesen juruterbang sebelum boleh menggunakannya. Kakitangan The Butterfly Aircraft LLC itu baru saja memperoleh paten kenderaan berkenaan bagi membolehkan dia menghasilkannya secara besar-besaran.

Setakat ini, kata Neal, dia menerima beberapa tempahan, sama ada dari syarikat tempatan atau firma antarabangsa.

“Projek ini bermula sejak beberapa tahun lalu tetapi pernah tergendala seketika apabila saya gagal mencari jawapan mengenai apa yang perlu dilakukan kepada kipasnya selepas Super Sky Cycle mendarat,” katanya.

Namun, Neal - berasal dari Aurora - berjaya mencari jawapan kepada kebuntuan itu dengan mencipta kipas yang boleh dilipat.

Katanya, pengubahsuaian pada kipsa berkenaan membolehkan kenderaan itu dipandu di jalan biasa apabila keadaan mengizinkan.

Pasukan peronda sempadan Texas antara pihak yang membuat pesanan dalam jumlah besar bagi kenderaan ini.-Metro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon