Monday, December 24, 2012

Jutawan Media Rupert Murdoch Rugi RM6 Billion


News Corporation, milik jutawan media Rupert Murdoch, mengumumkan bisnes penerbitannya mengalami kerugian AS$2.1 bilion (lebih RM6 bilion) pada tahun kewangan 2012, merosot sebanyak lima peratus ekoran penutupan News of the World, yang terpaksa ditutup ekoran skandal penggodam telefon.

Kerugian Rupert Murdoch

Syarikat penerbitan ini juga merancang untuk memisahkan bisnes penerbitan filem dan televisyen, lapor BBC.

Sayap penerbitan, yang menurut News Corporation meraih keuntungan AS$678 juta pada tahun 2011 lalu, bakal dikenali sebagai New News Corp.

Ini termasuk dengan penerbitan buku Harper Collin, The Times, surat khabar The Sun di UK, Wall Street Journal, New York Post dan Australian.

Penerbitan TV dan perniagaan filem akan menjadi syarikat induk dan akan dikenali sebagai Fox Group. Ini termasuk Fox News dan 20th Century Fox film studio.

Robert Thomson yang kini Editor Pengurusan Wall Street Journal bakal menjadi ketua syarikat penerbitan baru itu.

Beliau bakal menikmati gaji tahunan sebanyak AS$2 juta dan bonus tahunan yang berdasarkan prestasi syarikat manakala Murdoch pula akan bertindak sebagai pengerusi dan Ketua Eksekutifnya.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2017 lalu, Rupert Murdoch mendapat durian runtuh berikutan penjualan Syarikat Fox oleh Disney yang melibatkan perjanjian sebanyak $USD71 billion.

Jumlah kekayaan Rupert Murdoch pada tahun 2019 adalah sebanyak $10.2 bilion, menyusut bukan kerana kerugian, tetapi telah mewariskan harta kepada 6 orang anaknya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon