Friday, December 15, 2017

5 Sebab Kenapa Century Fox Dijual Kepada Disney Dengan Nilai RM214 Bilion!


Disney kini sudah mencapai persetujuan dengan 21st Century Fox dan membeli bahagian perfileman 21st Century Fox pada harga USD52.4 billion (RM214 billion+-), manjadikannya satu gabungan bersejarah yang sangat besar dan kini menjadikan Disney syarikat hiburan terbesar di dunia.

5 Sebab Kenapa Century Fox Dijual Kepada Disney Dengan Nilai RM214 Bilion!

Dengan gabungan ini, ianya bakal membentuk satu union di mana Disney menjadi sangat besar dan gah jika perlu dibandingkan dengan syarikat pesaing mereka yang lain.

Chairman kepada 21st Century Fox, Rupert Murdoch sangat gembira dengan pengambil alihan ini.

“Kami sangat bangga kerana berjaya membina 21st Century Fox sehingga ke tahap ini. Dengan gabungan ini, saya yakin Disney akan menambah lebih nilai untuk para pemegang saham dan terus memacu industri ini,” terang Murdoch.

CEO Disney, Bob Iger akan terus menjadi CEO Disney sehingga 2021 di mana beliau akan terus memantau dan merancang perancangan untuk gabungan dua syarikat besar ini.

Di dalam terma perjanjian ini, Disney akan mengambil alih aset 21st Century Fox divisi filem dan TV dan laman TV yang lain di bawah 21st Century Fox seperti FX dan National Geographic.

Dalam perjanjian ini juga, Fox akan terus memegang aset mereka yang lain seperti Fox News Channel, Fox Broadcasting dan channel sukan mereka.

Di samping 21 Century Fox filem dan TV, Disney turut membeli 30% saham Hulu dan pegangan saham untuk Sky Network di Eropah.

Apakah yang mendorong keluarga Murdoch, yang memiliki 39 peratus kepentingan dalam studio berkenaaan, menjual pegangan mereka?

1. Perubahan industri media

Penjualan studio filem, produksi televisyan, perniagaan antarabangsa serta sukan serantau, termasuk syarikat penyiaran Sky, meninggalkan syarikat yang lebih kecil untuk fokus kepada liputan berita dan acara utama sukan.

Penjualan ini bermakna Fox kini hanya fokus kepada kandungan yang lebih berdaya tahan, bagi berdepan ancaman dari platform digital dan striming.

2. Keluarga Murdoch boleh menguasai Disney

Disney mahu perniagaan Fox membuka laluan kepada perniagaan berasaskan filem, televisyen dan sukan yang lebih besar, dengan pelaburan kepada platform digital, untuk bersaing dengan Netflix dan Amazon.

Perjanjian ini membolehkan keluarga Murdoch memperoleh 25 peratus kepentingan dalam Disney.

3. Dinamik keluarga Murdoch

Perjanjian ini menimbulkan spekulasi anak bongsu Rupert Murdoch, James, akan mengambil alih salah satu jawatan kanan di Disney, laporan menyebut, rundingan kini masih berjalan.

Langkah ini akan menangani kekangan dalam keluarga Murdoch, yang hanya tertumpu kepada Fox.

4. 'Sky is the limit'

Fox mempunyai rancangan untuk mengawal sepenuhnya 'Sky'. Menguasai 61% kepentingan menyebabkan ia bakal disiasat pihak kawal selia UK.

Penjualan aset Sky kepada Disney boleh menjarakkan keluarga Murdoch daripada isu itu dan mengelak wujud pertikaian politik.,

5. Tawaran Disney

Saham Fox melonjak lebih 30 peratus sejak firma itu pertama kali umum ia mahu menjual kepentingannya.

Namun ia semakin merosot sejak beberapa tahun ini selepas firma itu gagal dalam rundingan untuk mengambil alih Time-Warner.

Tawaran Disney untuk membeli kepentingan Fox disifatkan terlalu baik untuk ditolak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Kekejian Yahudi Dalam Walt Disney

sumber: astroawani | thevocket


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon