Sunday, December 16, 2012

Jawapan Sempoi Kepada Soalan Kurang Ajar


Pasti anda pernah mengalami peristiwa seperti dibawah ni kan. Adakalanya, ada soalan yang tidak memerlukan jawapan, namun jika sekiranya anda terpaksa memberikan jawapan maka kami ada tips berguna untuk anda.


Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Jawablah: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie".

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawablah: "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawablah: "Oh ye ke? aku tak perasan pula, tangan aku bergerak sendiri".

Anda sedang makan nasi dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawablah: "Mata ko buta ke aper? Kan aku tengah minum teh ais ni?".

Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya:
"Baru balik dari keje?"
Jawablah: "Taklah, saya dari rumah, nak pi keja lah ni, opis saya dah pindah kat rumah dan rumah saya dah pindah kat opis".

Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawablah: Tak payah jawab, perhatikan muka dia pastu kompang sikit pipi dia.

Anda sedang menonton tv cerita melayu, rakan anda datang lalu bertanya:
"Eh citer melayu ke?"
Jawablah: "Bukanlah, ni kan cerita Otromen Taro menentang Raksasa dari Planet X. Ko tunggu jap nanti otromen keluar".

-Malaysiaria.ning.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon