Thursday, December 06, 2012

Aktifkan Otak Tengah Anda


Untuk melakukan aktiviti-aktiviti dengan mata tertutup bukanlah satu tugasan yang mudah. Ini kerana tanpa mengaktifkan otak tengah agak mustahil untuk dilaksanakan.

Otak tengah

Menurut Pengarah Mind Secret Enterprise, Sawiah Omar, otak tengah sebenarnya berperanan sebagai jambatan bagi kedua-dua otak kiri dan kanan.

Katanya lagi, otak tengah itu mempunyai lebih 300 juta saraf, tetapi pada tahap usia tertentu otak tengah akan tidur sekiranya tidak diaktifkan.

"Kita sebenarnya tidak pernah didedahkan dengan otak tengah, malah tidak dinafikan hari ini kita hanya mengetahui akan kewujudan otak kiri dan kanan.

"Tetapi sebenarnya selain otak kiri dan kanan kita mempunyai otak tengah di mana ia akan tidur sekiranya tidak diaktifkan.

"Setelah otak tengah diaktifkan ia akan terus aktif dan dengan ini secara tidak langsung ia bagus untuk perkembangan sahsiah diri," ujarnya ketika ditemui pada Kursus Pengaktifan Otak Tengah (KPOT) yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Apabila ditanya mengenai modul pembelajaran yang diajar kepada para peserta, ujar Sawiah, pihaknya mengajar beberapa teknik pengaktifan otak tengah yang melibatkan fokus pendengaran dan penglihatan, kecekapan mewarna, dan juga ujian IQ.

"Sebenarnya kita perlu mengetahui bahawa dalam diri setiap individu mempunyai tujuh aura yang tidak diketahui. Aura ini akan lebih berkesan kepada kanak-kanak yang berumur antara enam hingga 12 tahun.

"Kerana pada usia ini dianggap sesuai untuk mengaktifkan otak tengah di samping mudah untuk mereka menyerap segala pembelajaran yang diberikan.

"Begitupun setiap individu kelebihan mereka adalah berbeza tetapi Insya-Allah dengan menghadiri kursus ini walaupun tidak semua, sekurang-kurangnya para peserta mampu membawa pulang sedikit ilmu yang diajar.

"Tetapi perlu diingatkan latihan ini perlu berterusan sehingga 30 hari untuk otak tengah menjadi aktif berterusan.

"Pastinya, sebaik sahaja tamat kursus para peserta akan menjadi seorang yang lebih fokus, pintar, penyayang, punya keyakinan diri yang tinggi, kreatif, bersikap positif dan emosi yang lebih stabil," katanya.

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

Sumber: Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon