Wednesday, November 14, 2012

Anggota Tubuh Kanak-kanak Secara Perlahan Menjadi Tulang!


Info Pelik. Ali McKean, 5, dari Bellevue, Ohio, telah didiagnosis dengan Fibrodysplasia Ossificans Progressiva (FOP) pada bulan April lalu, gangguan genetik yang jarang berlaku dan hanya melibatkan kira-kira 185 orang di Amerika Syarikat.


Kadang-kala ia dipanggil "Stone Man Syndrome" yang menyebabkan otot, ligamen dan tisu penghubung yang lain untuk bertukar menjadi tulang sehingga merebak menjadikan badan beku seperti patung.

"Malangnya, ia mengambil masa lima tahun untuk penyakit ganjil Ali didiagnosis kerana banyak doktor-doktor tidak tahu mengenainya," kata Ibu Ali, Angela. "Jadi semua prosedur yang mereka lakukan pada Ali membuatkan keadaannya menjadi lebih teruk." Doktor kini sedang berusaha agar Ali dapat diubati setelah penyakit ini berjaya dikenal pasti!



-Jennykaleyn.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon