Rabu, Oktober 10, 2012

'Saya Bukan Bergambar Bogel Pun' - Erin Malik


Loading...

Nama pelakon Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.

Gambar dimuat naik Erin Malek melalui Instagramnya.

Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid.

Erin menulis kapsyen gambar sebagai, “selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid."

Erin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “gambar itu saya tujukan untuk semua.

“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.

“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun," katanya lagi.

-Sinarharian

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon