Monday, July 24, 2017

JPJ Sahkan Viral Denda Jika Lewat Perbaharui Lesen Berita Palsu!

JPJ Sahkan Viral Denda Jika Lewat Perbaharui Lesen Berita Palsu!

Kadar bayaran kompaun yang dikenakan kepada pengguna kenderaan yang lewat memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kini kembali tular menerusi aplikasi WhatsApp.

JPJ Denda Lewat

Risalah yang tersebar itu, menyenaraikan kompaun sehingga RM300 dan mendakwa kadar yang akan dikenakan kepada pemandu adalah bergantung kepada tempoh kelewatan untuk memperbaharui lesen.

Selain itu, risalah mendakwa perkara itu adalah dibawah kesalahan Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, memandu tanpa lesen yang sah dan tamat tempoh.

Lebih mengelirukan apabila risalah tersebut turut mempamerkan logo rasmi Jabatan Pengangkutan Jalanraya Malaysian (JPJ).

Fakta

BAGI menjelaskan mengenai perkara itu, JPJ memaklumkan pihaknya hanya mengenakan kompaun kepada kesalahan memandu tanpa lesen dan yang sudah tamat tempoh.

Dalam satu kenyataan itu, JPJ berkata, sebarang pembaharuan lesen memandu tamat tempoh boleh dilakukan di semua pejabat JPJ atau agensi yang dilantik.

Pembaharuan lesen tidak dikenakan kompaun dan tertakluk bagi lesen memandu yang tamat tempoh tidak lebih tiga tahun.

JPJ berkata, risalah berkenaan adalah kompaun bagi kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen atau lesen tamat tempoh yang tertakluk mengikut Seksyen 26(1) Akta JPJ 1987.

Sehubungan itu, JPJ menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej yang tular di media sosial tanpa mengetahui kesahihan sumbernya.

Orang ramai juga diminta merujuk terus kepada JPJ sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan tidak turut serta menyebarkan salah faham berkenaan.

BACA INI JUGA: Berita Cukai Jalan Naik Mulai 2017 Tidak Benar – JPJ

sumber: sinarharian

Kisah Sedih Panggilan Terakhir Puteri Diana

Kisah Sedih Panggilan Terakhir Puteri Diana

Putera William dan Putera Harry berkongsi satu perkara yang membuatkan mereka kesal hingga hari ini pada hari ibu mereka, Puteri Diana meninggal dunia, dunia lapor Metro.co.uk.

Puteri Diana

Kisah tersebut dikongsi dalam sebuah dokumentari mengenai 'Princess of Wales' itu di mana kedua-dua putera tersebut kesal apabila panggilan telefon terakhir dari ibu mereka hanya berlangsung selama beberapa saat.

William berkata, beliau dan adiknya, Harry ketika itu berada di rumah peribadi Ratu di Balmoral dan sedang bermain bersama saudara mereka.

"Harry dan saya cepat-cepat ingin tamatkan perbualan dan berkata 'jumpa nanti', jika saya tahu apa yang akan jadi selepas itu, tentu saya tidak akan begitu tergesa-gesa meletakkan telefon.

"Panggilan telefon itu menghantui saya hingga ke saat ini," katanya kepada ITV.

Apabila ditanya adakah dia mengingati apa diperkatakan Puteri Diana kepadanya, beliau hanya mengatakan 'ya' tetapi tidak menceritakan apa-apa.

Sementara itu, Harry turut menceritakan perbualan terakhir beliau dengan ibunya.

"Dia menelefon daripada Paris, saya tidak begitu ingat apa yang saya katakan kepadanya namun apa yang saya ingat ialah menyesali seumur hidup betapa pendeknya perbualan telefon tersebut.

"Bila lihat kembali memori tersebut, ia sangat susah dan saya harus hadapinya sepanjang hidup saya.

"Tidak mengetahui bila kali terakhir saya akan bercakap dengan ibu dan bagaimana perbualan tersebut boleh berubah sekiranya saya tahu saya akan kehilangannya malam itu," katanya.

William hanya berusia 15 tahun, manakala Harry pula 12 tahun apabila Puteri Diana meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Paris pada 31 Ogos 1997.

BACA INI JUGA: Gambar Puteri Diana Masa Remaja Terjual RM54,800

sumber: sinarharian

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Julai)

Tarikh 24 Julai merupakan hari ke 205 (hari ke 206 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 160 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Machu Picchu
Machu Picchu.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Hari Simón Bolívar di Ecuador dan Venezuela dan Hari Perintis di Utah, Amerika Syarikat (1847).

Peristiwa

1847 – Brigham Young mengetuai kumpulan perintis Mormon yang pertama ke Lembah Salt Lake, Utah, ketika itu sebahagian daripada Mexico.

1911 – Di Andes Peru, Hiram Bingham menemui semula Machu Picchu (gambar), ketika itu disangkakan "bandar lenyap Inka".

1927 – Tugu perang Pintu Pagar Menin di Ieper, Belgium dibuka tirainya.

1929 – Pakatan Kellogg–Briand yang menolak peperangan sebagai alat dasar luar negeri berkuatkuasa.

1979 - Perasaan, yang merupakan album kedua oleh penyanyi tersohor Malaysia Sudirman Haji Arshad telah dikeluarkan.

2001 – Tsar Bulgaria terakhir ketika baginda masih kanak-kanak, Simeon Saxe-Coburg-Gotha mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Bulgaria, dengan itu menjadi raja pertama dalam sejarah yang memperoleh semula kuasa politik melalui pilihan raya.

2009 – Kelahiran Panda Gergasi pertama yang ibunya dibuntingi dengan sperma beku diumumkan di Sichuan, China.

2009 – Kapal dagang MV Arctic Sea, dilaporkan membawa balak, dikatakan dinaiki perampas berhampiran pantai Sweden sebelum dilaporkan hilang, namun kargo dan peristiwa sebenar masih samar hingga kini.

2013 – Kemalangan kereta api di Santiago de Compostela, Sepanyol, mengorbankan 78 orang.

Kematian

2012 - John Atta Mills, seorang Presiden Ghana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Julai)

sumber: wikipedia

Sunday, July 23, 2017

Mitos Tentang Aiskrim

Mitos Tentang Aiskrim

Ais krim sememangnya disukai ramai, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Namun, ada juga mitos dikalangan kita mengenai keburukan ais krim. Benarkah begitu?

Mitos Aiskrim

Mari kita rungkai rahsia dan mitos tentang ais krim.

Penyebab Batuk Dan Selesema

Benarkah aiskrim boleh menyebabkan penyakit batuk di kalangan kanak-kanak?

Daripada sudut perubatan,ais krim bukanlah penyumbang seseorang itu batuk dan selesema kerana ketika makan aiskrim, ia akan pantas mencair.

Oleh itu,sebaik sahaja ais krim masuk ke dalam kerongkong, suhunya sudah tidak sesejuk suhu ais.

Bahkan ketika anak sakit, tubuhnya kehilangan banyak cecair dan mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka menjamah sebarang makanan atau minuman boleh menyebabkan sakit menjadi semakin teruk.

Alternatif ibu bapa dengan memberikan anak mereka ais krim dapat mengembalikan cairan yang hilang kerana ais krim mengandungi air.

Apatah lagi rasa ais krim yang lazat pastinya digemari oleh kanak-kanak sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan.

Penyebab Obesiti, Kegemukan

Ada pendapat yang mengatakan ibu hamil tidak boleh makan ais krim sewaktu tempoh kehamilan kerana dikhuatiri akan menyebabkan bayi dalam kandungan obesiti.

Ternyata pendapat ini salah kerana kerana ais krim dapat memberikan tenaga kepada si ibu hamil.

Namun jumlah pengambilan ais krim yang disyorkan untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fakta Dan Mitos Mengenai Susu

sumber: hadji
7 Sakit Yang Boleh Di Sembuhkan Dengan Limau Kasturi Yang Ramai Tak Tahu

7 Sakit Yang Boleh Di Sembuhkan Dengan Limau Kasturi Yang Ramai Tak Tahu

Tahukah anda bahawa limau kasturi mempunyai banyak khasiat dan kebaikan yang ramai tidak mengetahuinya.

Khasiat Limau Kasturi

Ramai yang menggunakan limau kasturi untuk menambah rasa masam pada hidangan atau paling tidak dijadikan minuman yang cukup menyelerakan.

Namun begitu, berikut adalah khasiat limau kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa masalah kesihatan.

1. Batuk

Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.

2. Demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam.

Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar.

Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

4. Lelah

Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

5. Kegemukan

Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat.

Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

6. Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir.

Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap.

Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

7. Kepala Berbau

Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih.

Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 15 Kelebihan Limau Purut Yang Anda Tak Tahu

sumber: sehinggit

Mitos Cara Makan Buah-buahan Yang Betul

Mitos Cara Makan Buah-buahan Yang Betul

Buah-buahan merupakan salah satu makanan penting kepada anda kerana selain fiber, ia membekalkan pelbagai nutrien yang bermanfaat kepada kesihatan.

Buah-buahan

Ada pendapat mempercayai bahawa buah-buahan harus dimakan ketika perut kosong dengan alasan-alasan seperti yang penulis terangkan dalam tulisan ini.

Sebahagian pakar menganggap cara makan buah-buahan tersebut yang sering dikongsi oleh pelbagai pihak termasuk orang awam sama ada melalui buku, media cetak dan elektronik atau di internet sebagai mitos (tidak benar).

PERUT KOSONG

Mitos mendakwa bahawa makan buah-buahan bersama makanan lain terutamanya pada waktu makan utama akan menyebabkan makanan berada dalam perut (stomach) lebih lama dan seterusnya menyebabkan makanan menjalani fermentasi atau reput.

Mitos ini antara lain dicetuskan oleh Dr. Ted Morter dalam bukunya Your Health... Your Choice.

Mitos sama juga mendakwa bahawa makan buah-buahan dengan makanan lain akan menyebabkan pelbagai simptom seperti perut buncit, berangin dan sakit perut.

Memang benar fiber buah-buahan boleh melambatkan pemindahan makanan ke dalam usus kecil namun dakwaan-dakwaan lain seperti disebutkan di atas adalah tidak benar.

Yang benar, buah-buahan tidak akan berada dalam perut anda pada tempoh yang lama apatah lagi akan menjalani fermentasi dan pereputan di situ.

Kajian menunjukkan bagi orang sihat, fiber memperlahankan tempoh untuk mengosongkan separuh isinya antara purata 72 hingga 86 minit.

Sungguhpun perubahan kelajuan pemindahan tersebut dikira signifikan, namun pemperlahanan ini tidak akan menyebabkan makanan menjalani fermentasi di dalam perut.

KENYANG LEBIH LAMA

Pemperlahanan pemindahan makanan dari perut ke usus kecil sebenarnya bermanfaat kepada anda.

Ia membantu anda kenyang lebih lama dan ia membantu anda mengambil kalori lebih rendah (mengurangkan pengambilan makanan berkalori) pada masa jangka panjang.

Pihak yang menyuarakan pendapat makan buah-buahan pada waktu makan utama menyebabkan makanan berada dalam perut pada tempoh yang lama sehingga menyebabkan ia menjalani fermentasi bersama makanan lain mungkin terlepas pandang penerangan berkaitan fermentasi fiber berdasarkan ilmu biologi/ fisiologi.

Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa fermentasi fiber larut dan terkini fiber/kanji kebal (resistant fiber/starch) hanya berlaku dalam kolon (usus besar)!

Menurut ilmu biologi dan fisiologi, pH rendah asid hidroklorik iaitu lebih kurang 1-2 yang dirembeskan ketika perut menerima makanan bukan persekitaran kondusif untuk kehidupan mikroorganisma termasuk bakteria.

Asid hidroklorik yang berbaur dengan makanan yang masuk ke dalam perut antara lain membantu membunuh bakteria yang terdapat pada makanan serta mencegah pembiakan mikrob.

Makan buah-buahan bersama makanan lain ketika waktu makanan utama menyebabkan perut buncit, berangin, diarea atau ketidakselesaan dikatakan sebagai dakwaan yang tidak berasas.

Individu yang mengalami simptom-simptom ini berkemungkinan memang mengalami masalah penghadaman sama ada apabila mengambilnya bersama makanan utama atau secara berasingan.

DIET JENIS METABOLIK Individu ini dikatakan sesuai mengambil buah-buahan tertentu pada kadar tertentu berpandukan diet jenis metabolik (metabolic typing diet).

Berdasarkan diet jenis metabolik, seseorang yang mengalami simptom apabila makan kebanyakan jenis buah-buahan (serta sayur-sayuran) akan reda apabila mengamalkan makanan tinggi protein dan lemak.

Sebahagian orang Islam mengamalkan makan buah-buahan sebelum makan makanan utama dengan berdalilkan ayat Quran yang bermaksud, “Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (Waqi’ah: 20-21)

Pendapat tersebut disangkal oleh ulama lain dengan alasan urutan tersebut iaitu buahbuahan mendahului daging burung tidak harus dijadikan dalil kerana ayat tersebut menerangkan makanan di syurga di mana sifatnya berbeza dengan makanan di dunia.

Syeikh Shalih Al-Munajjid Hafizahullah iaitu ulama yang menyangkal pendalilan tersebut berpendapat bahawa seseorang bebas untuk memilih sama ada makan buah-buahan sebelum atau sesudah makan (utama).

Walaupun beliau menolak penyandaran ayat tersebut sebagai dalil, namun beliau bersetuju bahawa mendahulukan makan buah-buahan daripada makanan utama adalah lebih baik kerana ia lebih cepat dihadamkan.

STATUS KESAHIHAN

Imam Nawawi dikatakan menyebut sebuah hadis yang menunjukkan Rasulullah SAW mencadangkan para sahabat makan buah-buahan dahulu, kemudian barulah makan hidangan (makanan berat). Hanya Imam Nawawi ‘meriwayatnya’, kitab tidak disebutkan, maka status kesahihannya tidak diketahui.

Namun jika ia benar-benar sahih maka makan buah-buahan dahulu sebelum makanan utama boleh diterima sebagai anjuran/cadangan Rasulullah SAW.

Sungguhpun Rasulullah SAW merupakan sebaik-baik manusia untuk diteladani termasuk dalam perkara adab makan minum, namun baginda tidak menguasai semua ilmu keduniaan.

Sebab itu dalam hadis daripada Anas bin Malik RA berkaitan pengkahwinan kurma, Rasulullah SAW bersabda, “Kamu lebih mengetahui urusan duniamu.” (HR Muslim: 2363).

Jadi, pada pandangan penulis katakanlah amalan makan buah-buahan benar-benar dianjurkan (saranan urusan dunia, bukan ibadah) Rasulullah SAW (seperti hadis disebutkan oleh Imam Nawawi) maka jika seseorang mengamalkannya dan mendapati ia sesuai dalam memulihara kesihatan, maka teruskanlah.

Kepada mereka yang memang biasa makan buah-buahan pada waktu berbezabeza pula iaitu sebelum, bersama atau selepas makanan utama tanpa mengalami masalah penghadaman dan tidak menjejas kesihatan, maka teruskanlah kebiasaan tersebut.

BACA INI JUGA: Makan Buah-buahan Ketika Hamil Mampu Melahirkan Bayi Yang Cerdik!

sumber: sinarharian

Kajian Membuktikan Kereta Mewah Lebih Kerap Meragam

Kajian Membuktikan Kereta Mewah Lebih Kerap Meragam

Jika anda berhasrat untuk membeli kereta baharu, anda pasti terfikir bahawa harga kenderaan selalunya setimpal dengan kualiti yang dihasilkan.

Kereta Mewah

Mungkin tanggapan itu tersilap kerana satu kajian oleh kumpulan pengguna, Which? mendapati bahawa kereta mewah yang lebih mahal harganya, lebih mudah rosak berbanding kereta kecil yang lebih murah.

Ini kerana kajian tersebut mendapati bahawa kereta mewah dibina dengan peralata elektronik yang rumit dan mudah berlaku kepincangan.

Berdasarkan statistik, sebanyak 36 peratus kereta yang bernilai 50,000 pound sterling (RM279,026) mengalami kerosakan pada tahun lalu.

Berbanding dengan kereta mesra pengguna yang bernilai kira-kira 10,000 pound (RM55,805) yang lebih tahan lama, hanya 25 peratus kerosakan dilaporkan oleh pemilik kenderaan kategori itu.

Penggunaan teknologi yang terlalu banyak dalam kereta moden mewujudkan risiko bahawa pemandu akan berdepan masalah dengan sistem amaran yang mengeluarkan mesej tentang status kenderaan mereka.

Amaran itu mungkin disebabkan daripada sekecil-kecil masalah seperti kekurangan angin tayar sehingga masalah enjin.

Kerumitan sistem teknologi itu dalam model terbaharu kenderaan mewah tidak boleh dibaiki kerana terletak di bawah bonet.

Bagaimanapun kumpulan Which? enggan menamakan kenderaan yang paling tahan lasak dan sebaliknya.

BACA INI JUGA: 10 'Supercar', 'Hypercar' Paling Mahal Di Dunia

sumber: mstar

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Julai)

Tanggal 23 Julai merupakan hari ke 204 (hari ke 205 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 161 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hale-Bopp
Komet Hale-Bopp.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Revolusi di Mesir (1952) dan Hari Perayaan Neptunalia.

Peristiwa

1926 – Perbadanan Filem Fox membeli paten-paten sistem bunyi Movietone untuk merakamkan bunyi pada filem.

1881 – Persekutuan sukan antarabangsa tertua, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa ditubuhkan di Liège, Belgium.

1952 – Sekumpulan pegawai tentera Mesir yang dipimpin Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser merampas kuasa daripada Raja Farouk I dari Mesir.

1962 – Telstar menyiarkan isyarat televisyen rentas Atlantik langsung yang pertama.

1970 – Qaboos menggulingkan ayahandanya Said bin Taimur untuk menjadi Sultan Oman.

1983 – Penerbangan 143 Air Canada membuat pendaratan cemas di Gimli, Manitoba, Kanada, tanpa kehilangan nyawa selepas pesawat itu kehabisan minyak.

1983 – Perang Saudara Sri Lanka bermula selepas anggota Harimau Pembebasan Tamil Eelam menyerang hendap konvoi askar Tentera Darat Sri Lanka di utara Sri Lanka, diikuti rusuhan skala besar oleh orang Sinhala terhadap orang Tamil yang dikenali sebagai Julai Hitam.

1967 – Rusuhan 12th Street bermula di kawasan bandar dalaman di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat, yang didiami oleh lebih banyak orang kulit hitam.

1995 – Hale-Bopp (gambar), antara komet yang paling diperhatikan pada abad ke-20, ditemui secara berasingan oleh Alan Hale dan Thomas Bopp.

2001 – Megawati Soekarnoputri menjadi presiden wanita pertama Indonesia.

2008 – Tanjung Verde menjadi negara anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang ke-153.

2009 – Susilo Bambang Yudhoyono terpilih semula sebagai Presiden Indonesia.

2011 – Dua kereta api laju tinggi berlanggar dan tergelincir berhampiran Wenzhou, China, mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang.

Kelahiran

1953 - Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6.

1989 - Daniel Radcliffe, seorang pelakon Harry Potter.

Kematian

1885 - Ulysses S. Grant, Presiden Amerika Syarikat ke-18.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Julai)

sumber: wikipedia