Monday, July 24, 2017

JPJ Sahkan Viral Denda Jika Lewat Perbaharui Lesen Berita Palsu!


Kadar bayaran kompaun yang dikenakan kepada pengguna kenderaan yang lewat memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kini kembali tular menerusi aplikasi WhatsApp.

JPJ Denda Lewat

Risalah yang tersebar itu, menyenaraikan kompaun sehingga RM300 dan mendakwa kadar yang akan dikenakan kepada pemandu adalah bergantung kepada tempoh kelewatan untuk memperbaharui lesen.

Selain itu, risalah mendakwa perkara itu adalah dibawah kesalahan Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, memandu tanpa lesen yang sah dan tamat tempoh.

Lebih mengelirukan apabila risalah tersebut turut mempamerkan logo rasmi Jabatan Pengangkutan Jalanraya Malaysian (JPJ).

Fakta

BAGI menjelaskan mengenai perkara itu, JPJ memaklumkan pihaknya hanya mengenakan kompaun kepada kesalahan memandu tanpa lesen dan yang sudah tamat tempoh.

Dalam satu kenyataan itu, JPJ berkata, sebarang pembaharuan lesen memandu tamat tempoh boleh dilakukan di semua pejabat JPJ atau agensi yang dilantik.

Pembaharuan lesen tidak dikenakan kompaun dan tertakluk bagi lesen memandu yang tamat tempoh tidak lebih tiga tahun.

JPJ berkata, risalah berkenaan adalah kompaun bagi kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen atau lesen tamat tempoh yang tertakluk mengikut Seksyen 26(1) Akta JPJ 1987.

Sehubungan itu, JPJ menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej yang tular di media sosial tanpa mengetahui kesahihan sumbernya.

Orang ramai juga diminta merujuk terus kepada JPJ sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan tidak turut serta menyebarkan salah faham berkenaan.

BACA INI JUGA: Berita Cukai Jalan Naik Mulai 2017 Tidak Benar – JPJ

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon